Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Jalankan pintasan app pada iPhone atau iPad

Kebanyakan app Apple dan pihak ketiga termasuk pintasan terbina dalam yang mengautomasikan ciri app. Jika app pada iPhone atau iPad anda mempunyai pintasan tersedia, pintasan ditunjukkan dalam skrin Pintasan (iOS) atau bar sisi Pintasan (iPadOS), dalam kategori Pintasan App. Anda boleh menjalankan pintasan ini daripada app Pintasan dan anda juga boleh menyertakan pintasan app ini sebagai tindakan dalam pintasan tersuai anda sendiri.

Jalankan pintasan App daripada app Pintasan

  1. Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, lakukan salah satu yang berikut:

    • iPhone: Ketik di penjuru kiri atas skrin.

    • iPad: Leret daripada penjuru kiri skrin.

  2. Dalam kawasan Pintasan App, ketik nama app, kemudian ketik pintasan.

Tambah pintasan app ke pintasan tersuai

Menambah pintasan app ke pintasan tersuai anda sendiri membolehkan anda menghantar sebahagian tugas ke app lain. Sebagai contoh, anda boleh menambah pintasan app Main Memo Suara Terakhir ke pintasan tersuai yang mencipta nota baharu dengan tarikh semasa.

  1. Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, lakukan salah satu yang berikut:

    • iPhone: Ketik di penjuru kiri atas skrin.

    • iPad: Leret daripada penjuru kiri skrin.

  2. Dalam kawasan Pintasan App, ketik nama app.

  3. Ketik pada Pintasan App yang anda mahu sertakan dalam pintasan anda, kemudian ketik Gunakan dalam Pintasan Baharu.

  4. Teruskan mencipta pintasan tersuai anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.