Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Terima item atas skrin daripada app lain

Helaian kongsi membenarkan anda menggunakan kandungan daripada app sebagai input. Pilihan Terima Kandungan Skrin membenarkan anda menghantar kandungan ke pintasan apabila menggunakan cara lain menjalankan pintasan—seperti Siri atau ketik belakang. Apabila dijalankan, pintasan boleh menerima item atas skrin daripada app disokong, seperti Safari, Peta atau Foto. Item atas skrin diserahkan kepada tindakan pertama pintasan anda.

  1. Dalam app Pintasan pada iPhone atau iPad anda, ketik pada pintasan.

    Pintasan dibuka dalam editor pintasan.

  2. Ketik untuk membuka Butiran, kemudian aktifkan Terima Kandungan Skrin.

  3. Ketik Selesai.

    Tindakan baharu kelihatan di permulaan aliran kerja anda, mentakrifkan input yang akan diterima oleh pintasan.

Anda boleh mengehadkan input ke pintasan untuk hanya membenarkan jenis input yang tertentu—contohnya, jika anda mempunyai pintasan untuk memproses URL, serta skrin anda mempunyai URL dan imej pada skrin.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang jenis input, lihat Memahami jenis input dalam Pintasan pada iPhone atau iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.