Gunakan Finder untuk memindahkan dokumen Pages

Anda boleh menggunakan Finder untuk memindahkan dokumen antara peranti. Kaedah ini berguna untuk memindahkan dokumen apabila anda tidak menggunakan iCloud.

Anda juga boleh memindahkan dokumen Microsoft Word dengan cara ini, kemudian membukanya dalam Pages.

Pindahkan dokumen daripada komputer anda dengan Finder

  1. Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda (dengan macOS 10.15 dipasang), kemudian buka Finder.

    Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.

  2. Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.

  3. Seret fail dokumen yang anda mahu pindahkan ke folder Pages.

    Dokumen kelihatan di bawah Pages dalam tetingkap Finder.

  4. Klik Selaraskan, kemudian tunggu untuk penyelarasan selesai.

  5. Ketik app Fail pada Skrin Utama, kemudian ketik Layari di bahagian bawah skrin, kemudian ketik Pada iPad Saya.

  6. Untuk membuka dokumen pada peranti anda, ketik folder Pages, kemudian ketik imej kecil dokumen.

Pindahkan dokumen ke komputer anda dengan Finder

  1. Jika dokumen belum disimpan pada peranti anda, alihkan dokumen ke peranti anda.

  2. Sambungkan iPhone atau iPad anda ke komputer anda (dengan macOS 10.15 dipasang), kemudian buka Finder.

    Selepas seketika, peranti kelihatan dalam bar sisi tetingkap Finder.

  3. Pilih peranti dalam bar sisi, kemudian pilih Fail dalam tetingkap utama di bawah maklumat peranti.

  4. Buka folder untuk app Pages, pilih dokumen yang anda mahu pindahkan, kemudian seretnya ke lokasi baharu pada komputer anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.