Setkan hentian tab dalam Pages pada iPad

Anda boleh mengesetkan hentian tab untuk menjajarkan teks ke kiri, kanan, tengah, atau pada titik desimal. Apabila anda memasukkan tab, titik sisipan (dan sebarang teks selepasnya) beralih ke kanan, ke hentian tab seterusnya.

Masukkan tab dalam teks

  1. Ketik pada teks untuk meletakkan titik memasukkan di tempat anda ingin memasukkan hentian tab.

  2. Ketik butang Tab dalam bar pintasan di atas papan kekunci (pada iPad Pro, ketik kekunci Tab pada papan kekunci).

    Titik sisipan beralih ke hentian tab paling hampir. Mengetik Tab sekali lagi beralih ke hentian tab seterusnya dan seterusnya.

Untuk membuat asal pemasukan tab dengan segera, ketik butang Buat Asal.

Setkan dan keluarkan hentian tab

  1. Pilih perenggan yang anda mahu formatkan.

  2. Ketik pembaris ke tempat yang anda mahu letakkan hentian tab penanda; penanda kelihatan.

    Jika pembaris tidak kelihatan, ketik butang Pilihan Paparan, kemudian aktifkan Pembaris.

  3. Sentuh dan tahan penanda sehingga bahagian pembaris dibesarkan, kemudian seret penanda untuk meletakkannya dengan tepat.

  4. Untuk menukar penjajaran hentian tab, dwiketik hentian tab sehingga anda melihat penjajaran yang anda inginkan.

    Pembaris menunjukkan kawalan untuk margin kiri dan kanan, inden baris pertama dan empat jenis hentian tab.

Untuk mengeluarkan hentian tab, sentuh dan tahan penanda hentian tab, kemudian seretnya ke bawah pembaris sehingga ia hilang.

Nota: Anak panah menunjuk bawah ialah seting margin, bukan hentian tab.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.