Bermula dengan Pages pada iPad

Pages memudahkan anda mencipta dokumen yang disesuaikan dan kelihatan profesional. Ini caranya untuk bermula.

Halaman utama pemilih templat.

Bermula dengan templat

Mendraf laporan? Mencipta risalah? Menulis novel anda? Anda boleh menggunakan Pages untuk mencipta sebarang jenis dokumen yang anda mahukan, daripada dokumen pemprosesan perkataan biasa yang kebanyakannya teks, kepada dokumen tataletak halaman dengan grafik, pengendalian fon yang dikhususkan dan banyak lagi. Pergi ke app Pages pada iPad anda, ketik Pilih Templat (atau butang Cipta Dokumen), kemudian ketik templat.

Dokumen Pages dibuka dengan teks ruang letak dipilih.

Tambah teks

Cara anda menambah teks bergantung pada jenis dokumen yang anda kerjakan. Dalam dokumen pemprosesan perkataan, hanya mula menaip atau ketik ruang letak, kemudian mula menaip. Dalam dokumen tataletak halaman, semua teks terkandung dalam objek seperti kotak teks atau bentuk. Untuk menambah teks, tambah objek kepada dokumen anda, dwiketik objek, kemudian mula menaip.

Dokumen Pages terbuka dengan teks dipilih dan pilihan pemformatan teks terbuka.

Formatkan teks

Anda boleh menyesuaikan rupa teks dengan menukar fon, warna, penjajaran dan jarak. Untuk dokumen pemprosesan perkataan, pilih teks yang anda mahu sesuaikan, kemudian ketik butang Format dalam bar alat untuk melihat pilihan anda. Untuk dokumen tataletak halaman, pilih teks, klik butang Format, kemudian ketik tab Teks.

Dokumen Pages terbuka dengan menu Masukkan dipaparkan dan menu media terbuka.

Tambah objek dan media

Anda boleh menambah objek seperti kotak teks, jadual, foto dan banyak lagi ke dokumen anda. Untuk menambahkan objek, ketik satu daripada butang objek dalam bar alat, kemudian pilih objek daripada menu. Anda juga boleh mengetik butang Hab Kandungan untuk menambah objek daripada Hab Kandungan.

Dalam dokumen kerja, dengan pilihan untuk Kongsi atau Eksport terbuka.

Eksport dokumen anda

Untuk menukarkan dokumen Pages ke dalam format lain, anda eksportnya ke dalam format baharu. Anda boleh mengeksport dokumen anda sebagai PDF, dokumen Word, EPUB dan banyak lagi. Untuk mengeksport dokumen, ketik butang Kongsi dalam bar alat, ketik Eksport dan Hantar, kemudian pilih pilihan untuk menyimpan salinan dokumen anda dalam format baharu.

Ingin mengetahui lebih lanjut?

Panduan ini membantu anda bermula menggunakan Pages 15.3 pada iPad anda. (Untuk melihat versi Pages yang anda miliki, pergi ke Seting  > App > Pages.)

Untuk meneroka Panduan Pengguna Pages, ketik butang Senarai Kandungan di bahagian atas halaman, atau masukkan perkataan atau frasa dalam medan carian.

Pages 15.3 untuk iPad memerlukan iPadOS 18 atau lebih baharu. Pages tersedia dalam App Store dan memerlukan Akaun Apple untuk dimuat turun. Ciri tertakluk kepada perubahan dan sesetengah ciri mungkin memerlukan akses internet. Yuran dan syarat tambahan mungkin dikenakan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.