Gunakan perencanaan untuk memasukkan teks dalam Numbers pada Mac

  1. Pergi ke app Numbers pada Mac anda.

  2. Buka hamparan, kemudian letakkan titik sisipan di tempat yang anda mahu mula merencanakan, atau pilih teks yang anda mahu gantikan.

  3. Pilih Edit > Mulakan Perencanaan (daripada menu Edit di bahagian atas skrin anda).

    Jika anda masih belum menggunakan perencanaan sebelum itu, ikuti arahan panduan persediaan yang kelihatan.

  4. Apabila mikrofon kelihatan, mula bercakap.

    Untuk menambah tanda baca, sebutkan namanya (contohnya, koma atau koma atas).

  5. Klik Selesai di bawah mikrofon apabila anda selesai.

Petua: Apabila perencanaan disediakan, anda juga boleh menukar kekunci pintasan atau menukar bahasa. Untuk menukar seting perencanaan anda, pilih menu Apple > Seting Sistem > kemudian klik Papan Kekunci dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.) Bahagian seting perencanaan berada di sebelah kanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perencanaan, klik desktop untuk bertukar kepada Finder, pilih Bantuan > Bantuan macOS (daripada menu Bantuan di bahagian atas skrin anda), kemudian cari “perencanaan”.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.