Laraskan jarak aksara dalam Numbers pada Mac

Anda boleh menambah atau mengurangkan jarak antara aksara dalam mana-mana teks. Anda mungkin mahu gunakan cara ini, contohnya, untuk mengubah panjang baris dalam dokumen atau memuatkan tajuk dalam satu baris.

Cara lain untuk mengawal jarak aksara ialah untuk menggunakan ligatur, sambungan hiasan dua aksara untuk membentuk satu aksara tipografi. Anda boleh menggunakan ligatur dalam hamparan anda jika fon yang anda gunakan menyokongnya.

Contoh teks dengan dan tanpa ligatur.

Tambahkan atau kurangkan jarak antara aksara

  1. Pergi ke app Numbers pada Mac anda.

  2. Buka hamparan, kemudian pilih teks yang anda mahu tukar, atau pilih kotak teks untuk menukar semua teks di dalamnya.

    • Untuk teks tertentu: Jarak aksara hanya digunakan pada teks tersebut.

    • Untuk kotak teks: Jarak aksara digunakan pada sebarang teks yang anda taip dalam kotak selepas anda menggunakan perubahan.

  3. Dalam bar sisi Format , klik tab Teks, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.

  4. Dalam bahagian Fon, klik butang Pilihan Lanjutan, kemudian gunakan anak panah untuk menukar nilai Jarak Aksara.

    Butang Pilihan Lanjutan, bersebelahan butang Tebal, Italik Garis Bawah dan garis potong.

    Jarak lalai ialah 0. Meningkatkan nilai melebarkan jarak dan mengurangkan nilai akan menyempitkannya.

Jika anda mahu teks lain dalam hamparan untuk menggunakan jarak dan seting lain yang sama, tentukan gaya perenggan baharu daripada teks yang dipilih, kemudian gunakan gaya tersebut pada teks lain dalam hamparan anda.

Aktifkan atau nyahaktifkan ligatur untuk teks yang dipilih

  1. Pergi ke app Numbers pada Mac anda.

  2. Buka hamparan, kemudian pilih teks yang anda mahu tukar, atau pilih kotak teks untuk menukar semua teks di dalamnya.

    • Untuk teks tertentu: Jarak aksara hanya digunakan pada teks tersebut.

    • Untuk kotak teks: Jarak aksara digunakan pada sebarang teks yang anda taip dalam kotak selepas anda menggunakan perubahan.

  3. Dalam bar sisi Format , klik tab Teks, kemudian klik butang Gaya berhampiran bahagian atas bar sisi.

  4. Dalam bahagian Fon, klik butang Pilihan Lanjutan, klik menu timbul Ligatur dan pilih pilihan.

    Butang Pilihan Lanjutan, bersebelahan butang Tebal, Italik Garis Bawah dan garis potong.
    • Gunakan Lalai: Gunakan seting ligatur yang ditentukan dalam tetingkap Tipografi untuk fon yang anda gunakan.

      Untuk membuka tetingkap Tipografi, pilih Format > Fon > Tunjukkan Fon (daripada menu Format di bahagian atas skrin anda).

    • Jangan Gunakan Apa-Apa: Menggunakan jarak biasa tanpa ligatur untuk fon.

    • Gunakan Semua: Menggunakan semua ligatur yang tersedia untuk fon.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.