Tukar rupa teks jadual dalam Numbers pada Mac

Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.

Tukar fon, saiz dan warna teks jadual

  1. Pergi ke app Numbers pada Mac anda.

  2. Buka hamparan, kemudian lakukan satu daripada berikut:

  3. Dalam bar sisi Format , klik tab Teks.

  4. Klik butang Gaya, kemudian gunakan kawalan teks dalam bahagian Fon untuk menukar fon, saiz, warna atau gaya aksara (seperti tebal atau italik).

    Kawalan untuk menggayakan jadual teks.

    Nota: Untuk menggunakan gaya aksara daripada menu timbul Gaya Aksara, pilih teks yang anda mahu tukar sahaja. Anda tidak boleh pilih gaya aksara daripada menu ini jika sel, baris, lajur atau keseluruhan jadual dipilih.

Tukar saiz fon untuk semua teks jadual

Anda boleh meningkatkan atau mengurangkan saiz fon mengikut perkadaran untuk semua teks dalam jadual

  1. Pergi ke app Numbers pada Mac anda.

  2. Buka hamparan, kemudian klik jadual.

  3. Dalam bar sisi Format , klik tab Jadual.

  4. Klik butang dalam bahagian Saiz Fon Jadual pada bar sisi.

    Kawalan saiz fon untuk teks jadual.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.