Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Rakam dan transkripsikan audio dalam Nota pada Mac

Rakam dan transkripsikan audio terus daripada nota anda, serta simpan rakaman dalam isi nota anda dengan komen, senarai semak dan dokumen berkaitan. Anda juga boleh mengedit nota anda semasa merakam, jadi anda sentiasa dapat mencatat sesuatu yang penting.

Nota: Semua ciri Nota yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa menggunakan nota iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia apabila menggunakan akaun daripada penyedia lain.

Buka Nota untuk saya

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan rakaman audio dalam isi nota. Transkripsi langsung rakaman audio ditunjukkan dalam panel.

Rakam audio

Anda boleh merakamkan audio, menjeda dan meneruskan rakaman, semua daripada dalam nota anda.

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

  2. Buka nota, atau klik butang Nota Baharu untuk mencipta nota baharu.

  3. Klik butang Lampiran dalam bar alat, kemudian klik butang Rakam Audio Rakam Audio.

  4. Apabila anda sedia merakam, klik butang Rakam dalam bahagian butiran audio.

  5. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Jedakan rakaman: Klik butang Jeda untuk menjedakan rakaman anda buat sementara.

    • Teruskan rakaman: Klik butang Teruskan untuk meneruskan rakaman.

  6. Apabila anda selesai merakam, klik butang Jeda.

  7. Secara pilihan, klik tajuk huruf tebal dan taipkan nama untuk rakaman anda, kemudian tekan Return.

  8. Klik Selesai.

    Perubahan disimpan secara automatik semasa anda bekerja.

Mainkan rakaman audio

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

  2. Buka nota dengan rakaman audio.

  3. Klik butang Main pada rakaman audio dalam isi nota.

  4. Dengan rakaman audio dimainkan, lakukan mana-mana yang berikut:

    • Jeda dan teruskan: Klik butang Jeda untuk menjeda. Klik butang Main untuk meneruskan main.

    • Langkau ke belakang atau ke depan: Klik butang Langkau ke Belakang untuk pergi balik atau butang Langkau ke Depan untuk maju ke depan (dalam tokokan 15 saat).

Buat perubahan kepada rakaman audio

Selepas anda membuat rakaman, anda boleh membuat perubahan—seperti menambah ke hujung rakaman atau menukar tajuk.

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

  2. Buka nota dengan rakaman audio yang anda mahu tukar.

  3. Dwiklik rakaman audio untuk membuka bahagian butiran audio.

  4. Lakukan satu daripada berikut:

    • Tambah ke rakaman: Pergi ke hujung rakaman, kemudian tekan butang Rakam.

    • Tukar tajuk rakaman: Klik tajuk huruf tebal, taipkan nama untuk rakaman anda, kemudian tekan Return.

  5. Apabila anda selesai melakukan perubahan, klik Selesai.

    Perubahan disimpan secara automatik ke nota anda.

Transkripsikan audio

Anda boleh melihat, mencari dan menyalin transkrip audio langsung.

Nota: Transkripsi audio tersedia pada komputer Mac dengan M1 atau lebih baharu apabila bahasa peranti disetkan ke bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis, Itali, Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Cina Ringkas dan Cina Tradisional.

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

  2. Buka nota dengan rakaman audio.

  3. Dwiklik rakaman audio untuk membuka bahagian butiran audio dengan transkrip. Anda kemudian boleh melakukan mana-mana yang berikut:

    • Cari dalam transkrip: Klik butang Lagi, kemudian klik “Cari dalam Transkrip”.

    • Salin transkrip: Klik butang Lagi, kemudian klik Salin Transkrip. Untuk menampal transkrip dalam nota anda, klik dalam isi nota, kemudian tekan Command-V.

Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh meringkaskan rakaman audio. Lihat Gunakan Apple Intelligence dalam Nota.

Simpan, kongsi atau padamkan rakaman audio

Simpan rakaman audio ke folder Dokumen anda, atau kongsinya dengan orang lain.

  1. Pergi ke app Nota pada Mac anda.

  2. Buka nota dengan rakaman audio.

  3. Control-klik rakaman audio untuk membuka menu timbul, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Kongsi rakaman audio: Klik Kongsi Audio, kemudian pilih pilihan.

    • Simpan rakaman audio: Klik Simpan Lampiran, pilih lokasi yang anda mahu rakaman disimpan, masukkan tajuk (jika belum), kemudian klik Simpan.

    • Padam rakaman audio: Klik Padam.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.