Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Bermula dengan Nota pada Mac

Dengan Nota, catatkan fikiran cepat atau gunakan nota lebih panjang untuk menyimpan senarai semak, imej, pautan web dan banyak lagi. Anda boleh mencipta, bekerjasama, kekal tersusun dan mengakses nota anda daripada semua peranti Apple anda.

Buka Nota untuk saya

Nota sama dalam app Nota pada Mac, iPhone dan iPad. Di sebelah kiri, app Nota pada Mac menunjukkan tetingkap Nota dengan beberapa folder nota dalam akaun iCloud pengguna. Pengguna sedang melihat nota bertajuk Perancang bandar. Di sebelah kanan, nota yang sama dipaparkan pada iPhone dan iPad. Nota mempunyai lukisan.

Gunakan Nota iCloud

Gunakan nota iCloud untuk melihat nota pada semua peranti anda dan dapatkan ciri paling terkini—termasuk pemformatan tambahan dan penggunaan senarai semak, jadual dan media daripada iPhone atau iPad anda. Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik nama anda di bahagian atas bar sisi, kemudian klik iCloud. Klik Lihat Semua bersebelahan “Disimpan ke iCloud”, klik Nota, kemudian aktifkan Selaraskan Mac ini.

Tetingkap app Nota yang dipangkas pada Mac menunjukkan nota dan butang “Cipta nota” dalam bar alat nota.

Cipta atau edit nota

Untuk bermula dengan Nota, mula menulis nota pertama anda. Klik butang Cipta nota dalam bar alat Nota.

Tetingkap app Nota pada Mac menunjukkan paparan dekat bar alat Nota—terutamanya butang Format Teks, Jadikan Senarai Semak, Tambah Jadual, Tambah Media dan Alat Penulisan.

Gunakan bar alat untuk memformat dan menambahkan kandungan

Formatkan teks dan tambahkan kandungan menggunakan butang dalam bar alat. Klik butang Format Teks untuk menggunakan gaya perenggan atau format teks, butang Senarai Semak untuk menambahkan senarai semak, butang Tambah jadual untuk menambahkan jadual, butang Rakam Audio untuk merakam audio dan butang Tambah Media untuk menambahkan fail, media dan banyak lagi.

Paparan dekat menu kongsi dalam app Nota pada Mac. Pengguna memilih seseorang untuk bekerjasama pada nota bernama Piza. Keluarga dan rakan kelihatan dalam penerima dicadangkan di bahagian atas. Pilihan perkongsian berbeza di bawah, dari atas ke bawah, termasuk Tambah ke Senarai Bacaan, AirDrop, Mail, Mesej, Buka dalam News, Jemput dengan Pautan, Freeform, Peringatan dan Buka dalam Pages. Terdapat juga pilihan untuk menyalin nota atau mengedit sambungan.

Bekerjasama pada nota

Anda boleh menghantar jemputan untuk bekerjasama pada senarai dalam Mesej atau Mail, atau kongsi pautan. Klik butang Kongsi dalam bar alat, pilih sama ada Bekerjasama atau Hantar Salinan dalam menu timbul, kemudian pilih Mesej, Mail atau Jemput dengan Pautan. Selepas anda menjemput orang lain untuk menyertai, anda boleh menjejak aktiviti dan mengurus kerjasama.

Tetingkap app Nota pada Mac. Pengguna telah mengklik butang Cari untuk memulakan carian dalam Nota. Medan carian kekal kosong. Carian Dicadangkan kelihatan, termasuk Nota Dikongsi, Nota Dikunci, Nota dengan Senarai Semak, Nota dengan Tag, Nota dengan Lukisan, Nota dengan Dokumen Diimbas dan Nota dengan Lampiran.

Cari nota anda

Anda boleh mencari teks atau imej khusus bagi mencari nota yang anda mahukan dengan mudah ketika anda memerlukannya. Klik butang Cari dalam bar alat untuk menunjukkan medan carian, taipkan perkara yang anda cari, kemudian tekan Return.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.