Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

GETPIVOTDATA

Fungsi GETPIVOTDATA mengembalikan data agregat daripada jadual pivot

GETPIVOTDATA(aggregate-field, pivot-cell, field-name, item, field-name…, item…)

aggregate-field: Nama medan yang mengandungi data yang anda mahu gunakan.

pivot-cell: Sel yang digunakan untuk mengenal pasti jadual pivot yang anda mahu rujuk.

field-name: Rujukan pilihan ke medan dalam jadual pivot, yang seterusnya mengecilkan data yang anda mahu. field-name mesti diikuti oleh item serta-merta.

item: Jika field-name disertakan secara pilihan, item ialah nilai tertentu dalam medan tersebut.

field-name…: Sertakan satu atau lebih rujukan tambahan kepada medan dalam jadual pivot secara pilihan, yang memperincikan lagi data yang anda mahukan. Setiap field-name… mesti diikuti serta-merta oleh item…. Corak field-name…, item… ini boleh diulangi sebanyak kali yang diperlukan.

item…: Jika field-name… disertakan secara pilihan, item… ialah nilai tertentu dalam medan tersebut. Mesti terdapat satu ungkapan item… berikutan setiap koleksi field-name…; oleh itu, fungsi ini sentiasa mempunyai bilangan argumen bernombor genap.

Nota

  • Fungsi ini hanya tersedia dalam Numbers.

  • Argumen field-name dan item dikurung dalam tanda petikan, selain nilai nombor.

Contoh

Jika diberikan jadual pivot berikut (bertajuk Pivot Gred Pelajar):

A

B

C

1

Nama

Kelas

Gred (Purata)

2

Pelajar 1

1

91

3

2

94

4

3

82.5

5

Jumlah Pelajar 1

89.17

6

Pelajar 2

1

94

7

2

91.5

8

3

91.5

9

Jumlah Pelajar 2

92.33

10

Jumlah Keseluruhan

90.75

=GETPIVOTDATA(Pivot Gred Pelajar::$C$1,Pivot Gred Pelajar::$C$2), mengembalikan 90.75, purata gred untuk Pelajar 1 dan 2.

=GETPIVOTDATA(Pivot Gred Pelajar::$C$1,Pivot Gred Pelajar::$C$2, "Nama", "Pelajar 1"),, mengembalikan lebih kurang 89.17, purata gred untuk Pelajar 1.

=GETPIVOTDATA(Pivot Gred Pelajar::$C$1,Pivot Gred Pelajar::$C$2, "Nama", "Pelajar 2", "Kelas", 1) mengembalikan 94, gred purata yang diperolehi Pelajar 2 dalam Kelas 1.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.