Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

STDEV

Fungsi STDEV mengembalikan sisihan piawai—ukuran serakan—bagi set nilai numerik berdasarkan pada varians sampelnya (saksama).

STDEV(value, value…)

value: Satu nilai nombor, nilai tarikh/masa atau nilai tempoh atau koleksi daripada jenis nilai. Semua nilai mestilah daripada jenis nilai yang sama dan minimum dua nilai diperlukan.

value…: Secara pilihan sertakan satu atau lebih nilai atau koleksi nilai tambahan.

Nota

  • STDEV sesuai digunakan apabila nilai yang ditentukan mewakili sampel bagi populasi yang lebih besar sahaja. Jika nilai yang anda analisis mewakili keseluruhan koleksi atau populasi, gunakan fungsi STDEVP.

  • Sisihan piawai ialah punca kuasa dua bagi varians yang dikembalikan oleh fungsi VAR.

Contoh

Katakan anda melaksanakan lima ujian pada sekumpulan pelajar. Anda memilih lima pelajar secara arbitrari untuk mewakili jumlah populasi pelajar (harap maklum bahawa ini ialah contoh sahaja; ia tidak mungkin boleh menjadi sah dari segi statistiknya). Menggunakan sampel data, anda boleh menggunakan fungsi STDEV untuk menentukan ujian yang mana mempunyai serakan skor ujian yang paling luas. Ini mungkin berguna dalam menentukan pelan pelajaran, mengenalpasti potensi soalan masalah, atau untuk analisis lain.

Anda memasukkan skor ujian ke dalam jadual kosong, dengan skor untuk setiap pelajar dalam sampel dalam lajur A hingga E dan lima pelajar dalam baris 1 hingga 5. Jadual akan kelihatan seperti berikut.

 

A

B

C

D

E

1

75

82

90

78

84

2

100

90

95

88

90

3

40

80

78

90

85

4

80

35

95

98

92

5

90

98

75

97

88

=STDEV(A1:A5) mengembalikan lebih kurang 22.8035085019828, sisihan piawai bagi keputusan Ujian 1.

=STDEV(B1:B5) mengembalikan lebih kurang 24.5356882927706, sisihan piawai bagi keputusan Ujian 2.

=STDEV(C1:C5) mengembalikan lebih kurang 9.50263121456368, sisihan piawai bagi keputusan Ujian 3.

=STDEV(D1:D5) mengembalikan lebih kurang 8.07465169527454, sisihan piawai bagi keputusan Ujian 4.

=STDEV(E1:E5) mengembalikan lebih kurang 3.3466401061363, sisihan piawai bagi keputusan Ujian 5.

Ujian 2 mempunyai serakan paling tinggi (sisihan piawai ialah ukuran serakan), diikuti rapat oleh Ujian 1. Tiga ujian lain mempunyai serakan lebih rendah.

Contoh—Keputusan tinjauan

Untuk melihat contoh ini dan beberapa fungsi statistik lain digunakan pada keputusan tinjauan, lihat fungsi COUNTIF.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.