Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

EFFECT

Fungsi EFFECT mengembalikan kadar faedah tahunan berkesan daripada kadar faedah tahunan nominal berdasarkan bilangan tempoh kompaun setiap tahun. Kedua-dua argumen ialah nilai nombor.

EFFECT(nominal-rate, num-periods-year)

nominal-rate: Kadar nominal untuk faedah bagi sekuriti. nominal-rate dimasukkan sebagai desimal (contohnya, 0.08) atau dengan tanda peratusan (contohnya, 8%).

num-periods-year: Bilangan tempoh kompaun setiap setahun. num-periods-year mestilah lebih besar daripada 0.

Contoh

Kadar faedah sebenar (berkesan) akan berbeza daripada kadar nominal, bergantung pada cara faedah dikompaun. Untuk contoh berikut, ambil akaun simpanan dengan faedah (nominal-rate) yang ditentukan 5.00%.

=EFFECT(0.05,365) mengembalikan lebih kurang 5.12674964674473%, kadar faedah tahunan berkesan jika 5% dikompaun setiap hari (num-periods-year ialah 365).

=EFFECT(0.05, 12) mengembalikan lebih kurang 5.1161897881733%, kadar faedah tahunan berkesan jika 5% dikompaun setiap bulan.

=EFFECT(0.05, 4) mengembalikan lebih kurang 5.09453369140622%, kadar faedah tahunan berkesan jika 5% dikompaun setiap suku.

=EFFECT(0.05, 2) mengembalikan lebih kurang 5.06249999999999%, kadar faedah tahunan berkesan jika 5% dikompaun setiap separuh tahun.

=EFFECT(0.05, 1) mengembalikan lebih kurang 5%, kadar faedah tahunan berkesan jika 5% dikompaun setiap tahun. Dalam kes ini, kadar tahunan nominal dan berkesan adalah sama kerana tiada kompaun interim.

Lihat jugaNOMINAL
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.