Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pengenalan kepada Utiliti Cakera pada Mac

Anda boleh menggunakan Utiliti Cakera pada Mac anda untuk mengurus peranti storan dalaman dan luaran. Menggunakan Utiliti Cakera, anda boleh:

  • Format dan uruskan volum pada peranti storan fizikal.

  • Cipta imej cakera, fail tunggal yang anda boleh gunakan untuk memindahkan fail daripada satu komputer kepada yang lain atau untuk menyandarkan dan mengarkib kerja anda.

  • Gabungkan berbilang cakera keras ke dalam set RAID yang bertindak sebagai cakera tunggal. Menggunakan cakera keras dalam set RAID meningkatkan prestasi, kebolehpercayaan dan kapasiti storan sistem storan data anda, bergantung pada jenis set yang anda pilih.

  • Semak dan baiki ralat pada cakera dan volum anda.

Tetingkap Utiliti Cakera, menunjukkan volum APFS pada cakera dalaman dan imej cakera.

Buka Utiliti Cakera untuk saya

Pada Mac anda, gunakan satu daripada kaedah berikut untuk membuka Utiliti Cakera:

  • Gunakan App: Klik ikon App dalam Dock, taip Utiliti Cakera dalam medan carian, kemudian klik ikon Utiliti Cakera.

  • Gunakan Finder: Dalam Finder pada Mac anda, pilih Pergi > Utiliti, kemudian dwiklik ikon Utiliti Cakera . (Utiliti Cakera terletak dalam folder /Aplikasi/Utiliti.)

  • Buka Utiliti Cakera dalam Pemulihan macOS: Mulakan Mac anda dalam Pemulihan macOS, pilih Utiliti Cakera dalam tetingkap app Pemulihan, kemudian klik Teruskan. Lihat Pengenalan kepada Pemulihan macOS.

    Gunakan Utiliti Cakera dalam Pemulihan macOS apabila anda perlu memadamkan peranti storan dalaman anda sepenuhnya dan memasang semula macOS.

    Nota: Jika anda mahu menyediakan Mac anda untuk menukar, menjual, atau memberikan komputer anda dan komputer anda ialah Mac dengan Apple silicon atau Mac berasaskan Intel dengan Cip Keselamatan T2 Apple, gunakan Pembantu Padam. Lihat Padam Mac anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.