Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat semua peranti atau volum sahaja dalam Utiliti Cakera pada Mac

Dalam Utiliti Cakera pada Mac, anda boleh menukar paparan untuk menunjukkan semua peranti atau volum sahaja dalam bar sisi.

Buka Utiliti Cakera untuk saya

Tunjukkan semua peranti

Paparan ini menyenaraikan struktur peranti penuh dalam bar sisi—setiap peranti storan, bersama-sama dengan bekas (petak) dan volum yang ditakrifkan padanya. Anda boleh menggunakan paparan ini untuk semua tugas Utiliti Cakera. Sesetengah tugas, seperti memadamkan peranti storan, boleh diselesaikan hanya dalam paparan ini.

  1. Pergi ke app Utiliti Cakera pada Mac anda.

  2. Pilih Paparan > Tunjukkan Semua Peranti.

Tunjukkan volum sahaja

Ini paparan ringkas yang hanya menyenaraikan volum pada peranti dalam bar sisi. Anda boleh menggunakan paparan ini untuk operasi asas pada volum. Ini paparan lalai apabila anda membuka Utiliti Cakera untuk kali pertama.

  1. Pergi ke app Utiliti Cakera pada Mac anda.

  2. Pilih Paparan > Tunjukkan Volum Sahaja.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.