Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nyahlekap set cakera atau ahli cakera menggunakan Utiliti Cakera pada Mac

Anda boleh menyahlekap set cakera atau cakera ahli jika anda perlu membaikinya atau lakukan penyelenggaraan lain.

Buka Utiliti Cakera untuk saya

Nyahlekap set cakera

  1. Pergi ke app Utiliti Cakera pada Mac anda.

    Jika Utiliti Cakera tidak dibuka, klik ikon App dalam Dock, taipkan Utiliti Cakera dalam medan Carian, kemudian klik ikon Utiliti Cakera.

  2. Pilih set cakera yang anda mahu nyahlekap dalam bar sisi.

  3. Klik butang Nyahlekap dalam bar alat atau bersebelahan nama set cakera.

Selepas nyahlekap set cakera, anda boleh batalkan sambungan ahli cakera set tersebut daripada komputer anda.

Nyahlekap ahli cakera daripada set

  1. Pergi ke app Utiliti Cakera pada Mac anda.

    Jika Utiliti Cakera tidak dibuka, klik ikon App dalam Dock, taipkan Utiliti Cakera dalam medan Carian, kemudian klik ikon Utiliti Cakera.

  2. Pilih set cakera yang anda mahu nyahlekap dalam bar sisi.

  3. Klik butang Nyahlekap dalam bar alat atau bersebelahan nama set cakera.

  4. Putuskan sambungan ahli cakera yang anda mahu nyahlekap.

Apabila anda mencipta set cakera, anda boleh memilih “Bina semula secara automatik”. Apabila anda menyahlekap dan memutuskan sambungan cakera, serta menyambung semula cakera tersebut kemudian, Utiliti Cakera membina semula ahli cakera secara automatik. Jika anda perlu membina semula cakera secara manual, lihat Baiki cakera dalam set cakera dicerminkan secara manual.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.