Tambah item ke album foto atau senarai main dikongsi dalam Jemputan Apple

Apabila penganjur mencipta acara, mereka boleh menyediakan album atau senarai main dikongsi. Jika anda mempunyai Akaun Apple, anda boleh menambahkan foto, video dan lagu anda sendiri selepas anda RSVP ke acara.

Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.

Tambah foto dan video ke album dikongsi dalam app

  1. Pergi ke app Jemputan Apple pada iPhone anda.

  2. Ketik acara, ketik Sertai Album, kemudian ketik Tambah Foto.

  3. Pilih foto atau video dalam pustaka foto anda, ketik Tambah, kemudian ketik Siar.

    Petua: Untuk mencari foto dan video dengan lebih mudah, ketik butang Cari untuk menggunakan medan carian, atau ketik butang Isih dan Tapis untuk mengisih atau menapis pustaka anda.

Tambah foto dan video ke album dikongsi di iCloud.com

  1. Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika anda belum melakukannya).

  2. Pilih acara, kemudian pilih Sertai Album.

  3. Pilih Tambah Foto, pilih Muat Naik, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Pada telefon atau tablet: Pilih Pustaka Foto, Ambil Foto atau Pilih Fail. Pilih foto yang anda mahu muat naik, kemudian ketik Tambah atau Buka; atau ambil foto, kemudian ketik Gunakan Foto.

    • Pada komputer: Pilih foto yang anda mahu tambahkan daripada komputer anda, kemudian pilih Muat Naik.

Tambah lagu ke senarai main dikongsi

Anda boleh mencipta senarai main dikongsi dalam Jemputan Apple, tapi anda hanya boleh menambahkan lagu padanya dalam app Apple Music. Lihat mana-mana daripada berikut:

Nota: Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak boleh menambahkan item ke senarai main dikongsi (umur berbeza mengikut negara atau rantau). Untuk menambahkan lagu ke senarai main dikongsi, anda memerlukan langganan Apple Music dan profil Apple Music.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.