Edit acara dalam Jemputan Apple

Selepas anda mencipta acara dalam Jemputan Apple, anda boleh membuat perubahan kepada sebarang butiran.

Nota: Bukan semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.

Edit acara dalam app

  1. Pergi ke app Jemputan Apple pada iPhone anda.

  2. Ketik acara yang anda mahu edit.

  3. Jika acara diterbitkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Edit.

  4. Ketik butiran acara, kemudian buat sebarang perubahan.

    Petua: Jika anda mahu mengeluarkan album atau senarai main dikongsi, ketik butang Padam di penjuru kanan atas jubin.

  5. Apabila anda selesai, ketik butang Selesai atau ketik butang Batal untuk membuang perubahan.

Edit acara di iCloud.com

  1. Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika anda belum melakukannya).

  2. Pilih acara, kemudian pilih Edit atau butang Edit.

  3. Pilih butiran acara, kemudian buat sebarang perubahan.

    Petua: Jika anda mahu mengeluarkan album atau senarai main dikongsi, pilih butang Lagi di penjuru kiri bawah jubin, kemudian pilih Keluarkan.

  4. Apabila anda selesai, pilih Selesai. (Atau untuk membuang perubahan, pilih Laman Utama atau butang Utama, kemudian pilih Batalkan Perubahan.)

Anda juga boleh menduplikasi acara dahulu, jika anda mahu menggunakan kebanyakan maklumat yang sama untuk acara baharu. Lihat Tukar seting acara.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.