Pasang app Jemputan Apple pada iPhone atau gunakannya di iCloud.com

Untuk bermula dengan Jemputan Apple, pasang app pada iPhone anda atau daftar masuk ke Akaun Apple anda di iCloud.com.

Pasang app Jemputan Apple pada iPhone

  1. Pergi ke app App Store pada iPhone anda.

  2. Cari Jemputan Apple , kemudian ketik Dapatkan.

  3. Jika perlu, gunakan Face ID, Touch ID atau kod laluan anda untuk memasang app.

Nota: Ketersediaan App Store berbeza mengikut negara atau rantau. Lihat artikel Sokongan Apple Ketersediaan Perkhidmatan Media Apple.

Gunakan Jemputan Apple di iCloud.com

Pergi ke icloud.com/invites, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika anda belum melakukannya).

Jika anda tidak mempunyai Akaun Apple, anda masih boleh melihat acara yang anda dijemput di iCloud.com. Lihat Lihat acara anda dalam Jemputan Apple.

Petua: Jika anda telah berada di iCloud.com, anda juga boleh memilih butang Menu Akses Cepat dalam bar alat, kemudian pilih Jemputan.

Akses acara anda dalam app dan di iCloud.com

Untuk mengakses acara yang sama dalam app dan di iCloud.com, pastikan Jemputan Apple diaktifkan dalam seting iCloud.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua, kemudian aktifkan Jemputan.

Untuk mendapatkan butiran lanjut tentang Jemputan Apple dan perkara yang anda boleh lakukan dengannya, lihat Pengenalan kepada Jemputan Apple.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.