Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Main Balik dalam app Apple TV pada Mac

Dalam app Apple TV  pada Mac anda, gunakan seting Main Balik untuk menukar kualiti video.

Untuk menukar seting ini, pilih TV > Seting, kemudian klik Main Balik.

Buka TV untuk saya

Pilihan

Perihalan

Pilihan Penstriman

Pilih pilihan penstriman yang berfungsi terbaik dengan komputer dan penyedia perkhidmatan internet anda.

  • Kualiti Tinggi (Sehingga 4K): Strim video kualiti terbaik, termasuk video HDR apabila tersedia.

  • Penjimat Data: Strim kualiti terbaik yang tersedia pada saiz fail terendah.

Pilihan Muat Turun

Pilih pilihan muat turun yang berfungsi terbaik dengan ruang storan komputer dan sambungan internet anda.

  • Kualiti Tinggi (Sehingga 1080p): Muat turun video kualiti paling tinggi sehingga 1080p.

  • Muat Turun Laju: Muat turun saiz fail yang terkecil. Pilih pilihan ini jika sambungan internet anda perlahan.

  • HD Paling Serasi (1080p): Muat turun format paling serasi untuk paparan komputer anda dalam definisi tinggi.

  • SD Paling Serasi (480p): Muat turun format paling serasi untuk paparan komputer anda dalam definisi standard.

Muat Turun Bahasa Audio

Pilih bahasa audio tambahan untuk dimuat turun. Lihat Setkan bahasa audio untuk item dimuat turun.

Muat Turun Audio Berbilang Saluran

Muat turun audio berbilang saluran apabila tersedia.

Bahasa Audio

Pilih Auto bagi video untuk dimainkan dalam bahasa lalai atau bahasa asal secara automatik. Pilih bahasa yang berbeza untuk mendengar audio yang dialih suara dalam bahasa tersebut apabila tersedia.

Penghantaran HDMI

Pilih Utamakan Penghantaran HDMI untuk memainkan audio Dolby pada speaker luaran. (Untuk menggunakan ciri ini, anda memerlukan penerima audio yang menyokong Dolby Atmos atau format audio Dolby lain yang disambungkan ke Mac dengan Apple silicon menggunakan kabel HDMI.) Jika anda mahu menggunakan speaker terbina dalam komputer Mac anda, nyahaktifkan seting ini. Lihat Perihal Penghantaran HDMI.

Sari Kata Automatik

Aktifkan Tunjukkan Apabila Disenyapkan untuk mengaktifkan sari kata secara automatik apabila kelantangan disenyapkan atau ditutup sepenuhnya.

Tunjukkan apabila Langkau ke Belakang untuk mengaktifkan sari kata buat sementara apabila anda melangkau ke belakang, sehingga 30 saat.

Gunakan Sejarah Tontonan

Gunakan sejarah tontonan anda untuk mempengaruhi pengesyoran Utama anda dan menjadikan rancangan yang anda tonton pada satu peranti tersedia pada semua peranti anda.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.