Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dalam app Apple TV pada Mac

Gunakan Cari dalam app Apple TV untuk mencari rancangan TV dan filem mengikut tajuk, pelakon, genre dan banyak lagi.

App Apple TV dengan Cari dibuka.

Buka TV untuk saya

  1. Pergi ke app Apple TV  pada Mac anda.

  2. Klik medan carian dalam bar sisi.

  3. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Layari item yang kelihatan dalam kategori aliran.

    • Masukkan istilah carian dalam medan carian, kemudian tekan Return.

      Petua: Apabila anda mahu mencari, hanya terangkan perkara yang anda cari menggunakan bahasa tabii—contohnya, “drama popular dengan kejutan” atau “filem animasi yang sesuai untuk seluruh keluarga”.

  4. Klik item untuk melihat penilaian, perihalan dan maklumat pembelian atau sewaan.

Langganan diperlukan untuk Apple TV, yang di sesetengah negara dan rantau mungkin termasuk sebahagian atau semua yang berikut: Friday Night Baseball, Major League Soccer (MLS) dan Formula 1. Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau. Langganan Apple TV tidak termasuk perkhidmatan langganan berjenama pihak ketiga atau kandungan yang tersedia untuk disewa atau dibeli dalam app Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.