Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Jalankan pintasan daripada Carian iOS

Dengan Carian iOS, anda boleh mencari dan membuka pintasan dengan cepat tanpa perlu membuka app Pintasan.

  1. Daripada skrin Utama peranti iOS anda, leret ke bawah dari bahagian tengah.

    Sebelum anda memasukkan istilah carian, pintasan dicadangkan mungkin muncul pada skrin.

  2. Taipkan nama pintasan dalam medan carian.

    Senarai hasil muncul semasa anda menaip. Anda mungkin perlu skrol untuk mencari pintasan anda. Setiap hasil pintasan memaparkan ikon dan nama pintasan (perkataan “Jalankan” ditambah di permulaannya).

    Carian iOS untuk kata kunci pintasan “pdf,” dan hasil carian: Pintasan “Jalankan Jadikan PDF daripada papan klip” dan pintasan “Jalankan Jadikan PDF”.
  3. Ketik pintasan, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Ketik “Lakukan,” kemudian ikuti sebarang arahan tambahan pada skrin.

    • Ketik pintasan untuk membuka app Pintasan, kemudian ketik untuk menjalankan pintasan.

      Ketik untuk menutup pintasan.

Bukan semua app, kandungan dan perkhidmatan tersedia di semua kawasan.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.