Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Perihal menggunakan JSON dalam Pintasan

JSON ialah format pertukaran data popular yang digunakan oleh API (antara muka pemprograman aplikasi). JSON membolehkan anda mengumpulkan data yang banyak dalam sebilangan teks dan kemudian menghantarnya ke perkhidmatan lain. Semua nilai data diberi nama, dirujuk sebagai kunci dan digabungkan dengan aksara khas seperti noktah bertindih (:) dan pendakap ({ dan }) untuk membentuk objek data.

Dalam JSON, nilai anda distrukturkan menjadi dua jenis objek data: kamus dan senarai.

Kamus ialah koleksi nilai yang setiap satu daripadanya mempunyai kunci unik, kunci dan nilai bersama dipanggil pasangan kunci/nilai. Dalam JSON, ia kelihatan seperti {key1: value1, key2: value2, key3: value3} (dan seterusnya).

Senarai ialah koleksi nilai yang tersusun. Dalam JSON, ia kelihatan seperti [value1, value2, value3] dan seterusnya.

Dalam kedua-dua kes, anda boleh setkan nilai sebagai teks, nombor, boolean (benar atau palsu), kamus dan senarai.

JSON membenarkan anda untuk menyarangkan kamus dan menyenaraikan struktur mengikut cara anda. Contohnya, anda boleh muatkan kamus dalam kamus atau muatkan senarai dalam kamus. Ini membenarkan anda membuat model hampir sebarang struktur data, ringkas atau rumit, yang menjadikan JSON cara yang ringkas tetapi berkuasa untuk menyusun nilai sebagai objek data.

Cantohnya, anda boleh mewakilkan orang menggunakan kamus seperti:

{"first_name: "John", "last_name": "Appleseed", "age": 9}

Atau, jika anda mahukan senarai orang, anda boleh meletakkan kamus orang dalam senarai seperti:

[{"first_name: "John", "last_name": "Appleseed", "age": 9},{"first_name: "Kate", "last_name": "Bell", "age": 10},{"first_name: "Anna", "last_name": "Haro", "age": 11}]

Nota: Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang semantik JSON, lawati http://www.json.org.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.