Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Nilai atau tulis ulasan rancangan dalam Podcast pada Mac

Anda boleh menilai dan mengulas rancangan, membaca ulasan daripada pendengar lain dan memadamkan ulasan yang anda tulis jika anda menukar fikiran kemudian.

Bahagian Penilaian & Ulasan untuk rancangan dalam Podcast. Klik anak panah kiri dan kanan di pinggir skrin untuk skrol ke belakang atau depan. Klik “lagi” untuk melihat keseluruhan ulasan.

Buka Podcast untuk saya

Nilaikan atau tulis ulasan untuk rancangan

  1. Pergi ke app Podcast pada Mac anda.

  2. Klik Rancangan dalam bar sisi atau cari rancangan.

  3. Pilih rancangan, skrol ke bawah ke Penilaian & Ulasan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Nilaikan rancangan: Klik bintang untuk memilih penilaian. Anda juga boleh menahan penuding di atas bintang, kemudian klik atau seret untuk menambah atau mengeluarkan bintang. (Jika anda tidak melihat pilihan untuk menilai rancangan, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Podcast.)

    • Lihat semua ulasan: Klik anak panah di sebelah Penilaian & Ulasan.

    • Baca ulasan: Klik kotak kelabu yang mengandungi ulasan, atau klik “lagi”. Untuk skrol menerusi ulasan, tahan penuding di atas ulasan, kemudian klik butang Balik atau butang Langkau di sebelah kiri atau kanan skrin.

    • Tinggalkan ulasan: Klik Tulis Ulasan, tulis ulasan anda, kemudian klik Hantar. (Jika anda tidak melihat pilihan untuk menulis ulasan, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam Podcast.)

    • Edit ulasan: Klik Tulis Ulasan, buat sebarang perubahan, kemudian klik Hantar.

    Nota: Anda tidak boleh menilai atau menulis ulasan untuk episod individu.

Padamkan penilaian atau ulasan yang anda siarkan

Untuk memadamkan penilaian atau ulasan, lihat Nilai atau ulas podcast pada iPhone dalam Panduan Pengguna iPhone atau Nilai atau ulas podcast pada iPad dalam Panduan Pengguna iPad.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.