Bermula dengan Podcast pada Mac

App Podcast menawarkan jutaan rancangan tentang pelbagai topik seperti berita, jenayah sebenar, komedi dan banyak lagi. Anda boleh mendengar dalam talian atau muat turun episod supaya anda boleh memainkannya walaupun apabila anda tidak bersambung ke internet.

Buka Podcast untuk saya

Tetingkap Apple Podcasts menunjukkan Cari diserlahkan dalam bar sisi dan senarai kategori podcast.

Cari podcast

Untuk mencari podcast khusus, klik butang Cari, kemudian masukkan perkataan atau frasa. Klik Utama dalam bar sisi untuk cadangan podcast berdasarkan aktiviti pendengaran anda. Klik Baharu untuk podcast ditampilkan yang dipilih oleh editor. Klik butang Cari dan biarkan medan carian kosong untuk melayari mengikut kategori.

Skrin Kini Dimainkan dalam app Podcast, menunjukkan maklumat episod dan kawalan main balik.

Dengar podcast

Klik butang Main untuk memainkan rancangan atau episod. Semasa memainkan episod, anda boleh menggunakan kawalan main balik dalam pemain atau skrin Kini Dimainkan untuk memutar balik, melangkau ke depan, menjeda podcast dan banyak lagi. Untuk menukar kelajuan main balik, klik butang Kelajuan Main Balik dalam pemain, kemudian pilih Lebih Laju, Lebih Perlahan atau kelajuan praset.

Halaman rancangan dalam app Podcast, menunjukkan butang Ikuti dan butiran rancangan.

Ikuti podcast

Mengikuti rancangan menambahkannya ke pustaka anda, supaya anda boleh mengaksesnya dengan mudah daripada bar sisi. Klik butang Ikuti dalam hasil carian, atau pilih rancangan, kemudian klik Ikuti. Anda juga boleh memilih untuk menerima pemberitahuan apabila episod baharu tersedia untuk rancangan yang anda ikuti.

Bahagian Penilaian & Ulasan untuk rancangan dalam app Podcast, menunjukkan kawasan pemilihan bintang untuk menilai ulasan dan pilihan Tulis Ulasan.

Nilaikan atau tulis ulasan untuk rancangan

Anda boleh menilai rancangan daripada satu sehingga lima bintang, menulis ulasan dan membaca ulasan yang ditinggalkan oleh orang lain. Pilih rancangan, skrol ke bawah ke bahagian Penilaian & Ulasan, kemudian klik dalam baris bintang untuk menilai rancangan. Anda juga boleh klik Tulis Ulasan untuk menilai dan mengulas rancangan.

Mahu mengetahui lebih lanjut?

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.