Tukar seting Pages pada Mac

Pilihan dalam Seting mempengaruhi kelakuan Pages dan ia digunakan pada semua dokumen Pages anda.

Buka seting Pages

  1. Pergi ke app Pages pada Mac anda.

  2. Pilih Pages > Seting (daripada menu Pages di bahagian atas skrin anda).

  3. Untuk melihat setiap kumpulan seting, klik Umum, Pembaris atau Pembetulan Auto di bahagian atas tetingkap.

    Tetingkap Seting Pages dibuka ke anak tetingkap Umum, dengan seting untuk dokumen baharu, zum dan fon lalai, pengeditan, persamaan, tidak kelihatan, menambah media, Touch ID, nama pengarang dan saiz teks lalai.

Kebanyakan seting ialah sebahagian daripada seting keseluruhan komputer anda dan bukannya seting Pages. Contohnya, anda boleh menukar sesetengah seting bahasa dalam bahagian Papan Kekunci pada Seting Sistem. Untuk membuka Seting Sistem, pilih menu Apple > Seting Sistem.

Anda boleh menukar sesetengah seting, seperti pembetulan ejaan auto, di tiga tempat: dalam Seting Sistem untuk pembetulan ejaan dalam semua app; dalam seting Pages untuk semua dokumen Pages; dan dalam menu Edit untuk dokumen semasa.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.