Jika pemformatan halaman sering berubah pada Mac

Templat yang anda gunakan untuk bermula mengandungi pemformatan lalai untuk margin, jarak baris dan banyak lagi. Apabila anda membuat perubahan kepada pemformatan, perubahan digunakan hanya kepada teks yang dipilih semasa anda membuat perubahan. Dengan kefleksibelan ini, anda boleh menukar pemformatan di mana-mana sahaja dalam dokumen anda tanpa mempengaruhi pemformatan lain.

Apabila anda menaip dan menekan Return untuk memulakan baris baharu, perenggan seterusnya menggunakan pemformatan yang sama. Jika anda klik jauh daripada teks untuk melaksanakan tugas lain dan kemudian kembali menaip, sentiasa tempatkan titik sisipan selepas huruf terakhir yang anda taip, kemudian tekan bar Space untuk meneruskan penaipan atau tekan Return untuk meneruskan baris seterusnya dengan pemformatan yang sama. Jika anda tidak berbuat demikian dan sebaliknya meletakkan titik sisipan pada permulaan baris seterusnya, pemformatan lalai untuk templat digunakan semula.

Titik sisipan diletakkan selepas noktah dalam ayat terakhir perenggan.

Salin pemformatan perenggan

Anda boleh membetulkan pemformatan dengan menyalin pemformatan daripada satu perenggan kepada perenggan lain.

  1. Pilih perenggan yang menggunakan pemformatan yang anda mahukan.

    Jika anda mahu menyertakan sebarang perubahan yang anda lakukan kepada jarak baris sebelum atau selepas perenggan, pastikan anda menyertakan simbol perenggan di hujung perenggan (ia tidak kelihatan sehingga anda menyeret penuding anda di atasnya).

    Perenggan dipilih, dengan simbol perenggan disertakan dalam pilihan.
  2. Pilih Format > Salin Gaya (daripada menu Format di bahagian atas skrin, bukan bar alat Pages).

  3. Pilih sebahagian teks dalam perenggan yang anda mahu betulkan, kemudian pilih Format > Tampal Gaya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.