Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Laraskan kesan zum dalam iMovie pada iPhone

Pemapar dalam iMovie termasuk kawalan untuk melaraskan kesan zum, termasuk saiz klip video kelihatan semasa main balik dan cara foto bergerak menggunakan kesan Ken Burns.

Laraskan pergerakan foto dengan kesan Ken Burns

iMovie menggunakan kesan Ken Burns pada foto yang anda tambah pada projek anda. Dengan kesan ini, kamera kelihatan terbang merentas dan zum masuk dan keluar pada foto. Jika terdapat orang dalam foto, iMovie menggunakan pengecaman muka untuk mengekalkan muka di dalam kawasan paparan.

Anda boleh melaraskan kesan Ken Burns agar pergerakan bermula dan tamat pada bahagian imej yang anda tentukan.

  1. Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.

  2. Dalam garis masa, ketik foto yang anda mahu laraskan.

    Kawalan kesan Ken Burns kelihatan di penjuru kanan bawah imej dalam pemapar.

  3. Untuk mengesetkan cara foto dibingkaikan pada permulaan, ketik butang Mula .

  4. Cubit untuk zum masuk atau keluar, kemudian seret imej dalam pemapar untuk membingkainya seperti yang anda mahukan.

  5. Untuk mengesetkan cara foto dibingkaikan pada penamat, ketik butang Tamat .

  6. Cubit untuk zum masuk atau keluar, kemudian seret imej dalam pemapar untuk membingkainya seperti yang anda mahukan.

  7. Untuk menutup kawalan, ketik di luar klip.

Untuk menyahaktifkan kesan Ken Burns untuk foto, ketik Ken Burns Didayakan . Untuk mengaktifkan kesan Ken Burns, ketik Ken Burns Dinyahdayakan .

Laraskan paras zum klip video

  1. Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.

  2. Ketik untuk memilih klip video dalam garis masa.

  3. Untuk mengesetkan kawasan paparan dalam klip, ketik butang Kawalan Zum dalam pemapar.

  4. Cubit untuk zum masuk atau keluar, kemudian seret imej dalam pemapar untuk membingkainya seperti yang anda mahukan.

  5. Untuk mempratonton pelarasan anda, ketik butang Main .

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.