Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah dan edit latar belakang dalam iMovie pada iPhone

Anda boleh menambah latar belakang warna kepada projek filem anda. iMovie menyertakan beberapa latar belakang padu, gradien atau corak yang anda boleh sesuaikan.

Tambah latar belakang

  1. Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.

  2. Skrol garis masa supaya penunjuk main (garis menegak putih) kelihatan di tempat anda mahu tambah latar belakang.

  3. Ketik butang Tambah Media , kemudian ketik Latar Belakang.

    Pelayar Latar Belakang.
  4. Ketik warna padu, gradien atau corak, kemudian ketik butang Tambah ke Projek .

Tukar warna latar belakang padu

  1. Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.

  2. Dalam garis masa, ketik klip latar belakang yang anda mahu sesuaikan.

  3. Di penjuru kanan atas pemapar, ketik butang Warna , kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.

    Pemapar menunjukkan latar belakang biru padu dan butang Warna di bahagian kanan atas.

Tukar warna latar belakang gradien atau corak

  1. Dalam app iMovie pada iPhone anda, buka projek filem.

  2. Dalam garis masa, ketik klip latar belakang yang anda mahu sesuaikan.

  3. Di penjuru kanan atas pemapar, ketik butang Warna .

    Pemapar menunjukkan latar belakang bercorak hijau dan biru dan butang Warna di bahagian kanan atas.

    Dua butang Warna kelihatan dalam pemapar, menunjukkan warna primer dan sekunder yang digunakan untuk menjana gradien atau corak.

    Pemapar menunjukkan latar belakang corak hijau dan biru dengan butang warna primer dan sekunder. Butang warna di bahagian kanan atas.
  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Setkan warna latar belakang primer: Ketik butang Warna yang pertama (di sebelah kiri), kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.

    • Setkan warna latar belakang sekunder: Ketik butang Warna yang kedua (di sebelah kanan), kemudian pilih warna daripada pilihan yang tersedia.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.