Gunakan Beats Solo Buds anda

Apabila anda memakai Beats Solo Buds, anda boleh menggunakan kawalan untuk memainkan, menjeda, melaraskan kelantangan, menjawab panggilan telefon, menggunakan Siri dan banyak lagi.

Imej Beats Solo Buds menunjukkan lokasi butang di atas logo “b” pada bud telinga.

Apabila anda mengeluarkan Beats Solo Buds daripada bekas, ia diaktifkan dan sedia untuk digunakan.

Pasangkan Beats Solo Buds dengan peranti Apple atau Android anda

Mainkan audio pada Beats Solo Buds

  1. Pakai Beats Solo Buds anda dan pastikan ia disambungkan peranti Apple atau Android anda.

  2. Pergi ke app audio, kemudian mainkan sesuatu—contohnya, lagu dalam app Muzik atau episod dalam app Podcast .

  3. Lakukan mana-mana yang berikut menggunakan salah satu bud telinga:

    • Mainkan dan jeda audio: Tekan butang di atas logo “b”. Untuk meneruskan main balik, tekannya lagi.

    • Mainkan trek seterusnya: Tekan dua kali pada butang di atas logo “b”.

    • Mainkan trek sebelumnya: Tekan tiga kali pada butang di atas logo “b”.

Tukar kelantangan pada Beats Solo Buds

Lakukan satu daripada berikut:

  • iPhone atau iPad: Sebut “Hai Siri”, kemudian apabila anda mendengar bunyi, sebut sesuatu seperti “Turunkan kelantangan”. Anda juga boleh menyeret gelangsar kelantangan dalam Pusat Kawalan atau gunakan kawalan kelantangan dalam app audio anda atau butang kelantangan pada iPhone atau iPad anda.

  • Peranti Android: Gunakan Google Assistant (atau pembantu suara lain) untuk menyebut sesuatu seperti “Turunkan kelantangan”. Anda juga boleh menggunakan kawalan kelantangan dalam app audio anda atau butang kelantangan pada peranti Android anda.

Untuk mendapatkan pengalaman terbaik, pastikan anda telah menyediakan Siri pada iPhone atau iPad atau pembantu suara anda pada Android anda.

Buat dan jawab panggilan pada Beats Solo Buds

Lakukan mana-mana yang berikut menggunakan salah satu bud telinga:

  • Buat panggilan menggunakan Siri atau pembantu suara lain: Pastikan anda telah menyediakan Siri. Tekan dan tahan butang di atas logo “b”, kemudian apabila anda mendengar bunyi loceng, sebutkan sesuatu seperti “Panggil telefon bimbit Eliza”.

  • Jawab atau tamatkan panggilan: Apabila anda menerima panggilan, tekan butang di atas logo “b”. Untuk menamatkan panggilan, tekan butang dua kali.

  • Jawab panggilan masuk kedua dan tahan panggilan pertama atau bertukar antara dua panggilan aktif: Tekan butang di atas logo “b”.

  • Tolak panggilan masuk: Tekan dua kali pada butang di atas logo “b”.

  • Senyapkan atau nyahsenyapkan mikrofon: Semasa panggilan, tekan butang di atas logo “b”. Untuk menyahsenyap, tekannya lagi.

Untuk menyesuaikan tindakan tamatkan panggilan, senyapkan/nyahsenyapkan dan tekan dan tahan pada Beats Solo Buds, lihat Sesuaikan kawalan pada Beats anda.

Minta Siri pada Beats Solo Buds

  1. Sediakan Siri (jika anda belum berbuat demikian).

  2. Lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Sebut “Hai Siri”.

    • Tekan dan tahan butang di atas logo “b” pada mana-mana satu bud telinga.

  3. Apabila anda mendengar bunyi, buat permintaan anda.

Ketahui cara menukar seting anda untuk mengaktifkan Siri atau untuk menggunakan Siri bagi mengumumkan panggilan atau pemberitahuan pada Beats anda.

Tukar seting Beats Solo Buds

Siri tidak tersedia di semua rantau dan bahasa.
Panduan ini adalah untuk Beats Fit Pro, Beats Flex, Beats Pill, Beats Solo 4, Beats Solo Buds, Beats Studio Buds +, Beats Studio Pro, Powerbeats Fit dan Powerbeats Pro 2 pada iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe, watchOS 26, tvOS 26, visionOS 26 atau lebih baharu. Panduan ini juga untuk app Beats pada Android.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.