Gunakan Dengar Secara Langsung dengan Beats dan iPhone atau iPad

Apabila anda menggunakan Beats yang disokong pada iPhone atau iPad, anda boleh menguatkan bunyi dengan Dengar Langsung. Letakkan iPhone atau iPad anda berdekatan perkara yang anda mahu dengar, kemudian dengar menerusi Beats anda. Ini boleh membantu anda mendengar dengan lebih baik dalam situasi tertentu—contohnya, semasa berbual di persekitaran yang bising.

Sebelum anda bermula, pastikan anda telah menambah Pendengaran ke Pusat Kawalan.

  1. Pakai Beats anda dan pastikan ia disambungkan ke iPhone atau iPad anda.

  2. Buka Pusat Kawalan pada iPhone atau iPad anda, ketik butang Peranti Pendengaran, kemudian ketik butang Dengar Langsung.

  3. Letakkan iPhone atau iPad anda berdekatan sumber bunyi.

    Petua: Untuk memaparkan transkripsi langsung audio, ketik Dengar Langsung dalam Pusat Kawalan.

Panduan ini adalah untuk Beats Fit Pro, Beats Flex, Beats Pill, Beats Solo 4, Beats Solo Buds, Beats Studio Buds +, Beats Studio Pro, Powerbeats Fit dan Powerbeats Pro 2 pada iOS 26, iPadOS 26, macOS Tahoe, watchOS 26, tvOS 26, visionOS 26 atau lebih baharu. Panduan ini juga untuk app Beats pada Android.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.