Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store pada Mac

Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store pada Mac anda untuk mencari, membeli, mengemas kini dan memuat turun app.

Buka App Store untuk saya

Daftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store

  1. Pergi ke app App Store pada Mac anda.

  2. Klik Daftar Masuk di penjuru kiri bawah tetingkap App Store.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Cipta Akaun Apple (jika anda belum mempunyai akaun): Klik Cipta Akaun Apple, kemudian ikut arahan atas skrin.

    • Lihat seting akaun: Klik nama anda di penjuru kiri bawah, kemudian klik Seting Akaun di bahagian atas tetingkap (daftar masuk lagi jika perlu).

      Maklumat akaun termasuk maklumat pengebilan, item tersembunyi, sejarah pembelian dan nama panggilan yang anda gunakan semasa anda membuat ulasan app. Anda juga boleh melihat maklumat Perkongsian Keluarga jika anda menguruskan kumpulan Perkongsian Keluarga.

Daftar masuk ke Akaun Apple berbeza dalam App Store

Anda boleh menukar Akaun Apple yang anda gunakan untuk App Store pada bila-bila masa.

  1. Pergi ke app App Store pada Mac anda.

  2. Pilih Kedai > Daftar Keluar.

  3. Klik Daftar Masuk di penjuru kiri bawah tetingkap App Store.

  4. Masukkan alamat e-mel atau nombor telefon untuk Akaun Apple, kemudian ikuti arahan atas skrin.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.