Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat, muat turun semula dan uruskan app yang dibeli dalam App Store pada Mac

Anda boleh melihat dan memuat turun semula app yang anda beli dengan Akaun Apple anda. Jika anda tidak mahu app tertentu kelihatan dalam sejarah pembelian, anda boleh menyembunyikannya.

Buka App Store untuk saya

Lihat dan muat turun semula app yang dibeli

  1. Pergi ke app App Store pada Mac anda.

  2. Klik nama anda di penjuru kiri bawah (atau klik Daftar Masuk jika anda tidak mendaftar masuk).

    Akaun anda muncul dengan semua app dibeli anda.

    Jika anda menggunakan komputer Mac dengan Apple silicon, sebarang app iPhone atau iPad yang anda beli yang berfungsi pada Mac anda juga disenaraikan. Klik App iPhone & iPad untuk melihat senarai app. Lihat Gunakan app iPhone dan iPad pada Mac dengan Apple silicon.

  3. Untuk memuat turun semula app, klik butang Muat Turun bersebelahan item.

Lihat sejarah pembelian anda

  1. Pergi ke app App Store pada Mac anda.

  2. Klik nama anda di penjuru kiri bawah (atau klik Daftar Masuk jika anda tidak mendaftar masuk).

    Akaun anda muncul dengan semua app dibeli anda.

  3. Klik Seting Akaun di bahagian atas tetingkap, kemudian daftar masuk lagi jika perlu.

  4. Dalam bahagian Sejarah Pembelian, klik Lihat Semua.

  5. Untuk mengecilkan hasil, masukkan nama, harga atau ID pesanan dalam medan carian.

  6. Untuk menukar kriteria carian, klik “90 Hari Lalu, Dibayar”, kemudian setkan mana-mana yang berikut:

    • Julat tarikh

    • Kos (percuma atau berbayar)

    • Jenis

    • Ahli keluarga (jika anda ialah pengelola kumpulan Perkongsian Keluarga)

Sembunyikan dan tunjukkan app

  1. Pergi ke app App Store pada Mac anda.

  2. Klik nama anda di penjuru kiri bawah (atau klik Daftar Masuk jika anda tidak mendaftar masuk).

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Sembunyikan app dibeli: Tahan penuding ke atas app, klik butang Tunjukkan Lagi, kemudian pilih Sembunyikan Pembelian.

    • Lihat app tersembunyi: Klik Seting Akaun di bahagian atas tetingkap, kemudian daftar masuk lagi jika perlu. Dalam tetingkap yang kelihatan, klik Urus dalam bahagian Item Tersembunyi, kemudian klik Nyahsembunyi di bahagian kanan app yang anda mahu tunjukkan. Apabila anda sudah selesai, klik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.