Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Mod Pesawat pada Apple Watch

Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan anda membawa Apple Watch (dan iPhone) dihidupkan jika anda meletakkannya dalam Mod Pesawat. Secara lalai, mengaktifkan Mod Pesawat akan menyahaktifkan Wi-Fi dan selular (pada model Apple Watch dengan selular) dan Bluetooth kekal aktif.

Aktifkan atau nyahaktifkan Mod Pesawat

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Aktifkan Mod Pesawat”. Lihat Kawal Apple Watch dan aksesori rumah pintar anda dengan Siri.

Atau tanpa menggunakan Siri:

  1. Tekan butang sisi untuk membuka Pusat Kawalan pada Apple Watch.

  2. Ketik butang Mod Pesawat.

    Pusat Kawalan dengan butang Mod Pesawat diserlahkan untuk menunjukkan Mod Pesawat diaktifkan.

Apabila Mod Pesawat aktif, ikon Mod Pesawat kelihatan di bahagian atas skrin.

Aktifkan Mod Pesawat untuk Apple Watch dan iPhone

Anda boleh mengesetkan Apple Watch untuk mencerminkan iPhone anda supaya apabila anda bertukar kepada Mod Pesawat pada satu peranti, peranti yang lain bertukar agar sepadan. iPhone dan Apple Watch mestilah dalam julat Bluetooth normal antara satu sama lain (kira-kira 33 kaki atau 10 meter).

Nota: Walaupun dengan Cerminkan iPhone diaktifkan, anda mesti nyahaktifkan Mod Pesawat secara berasingan pada iPhone dan Apple Watch anda.

  1. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian aktifkan Mod Pesawat.

  3. Aktifkan Cerminkan iPhone.

Tukar seting lalai untuk Mod Pesawat

Secara lalai, mengaktifkan Mod Pesawat akan menyahaktifkan Wi-Fi dan selular (pada model Apple Watch dengan selular) dan Bluetooth kekal aktif. Untuk menukar seting lalai bagi Wi-Fi dan Bluetooth, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke app Seting pada Apple Watch anda.

  2. Ketik Mod Pesawat, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Wi-Fi dan Bluetooth.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.