Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Dapatkan app dalam App Store pada Apple Watch

Apple Watch disertakan app untuk pelbagai tugas komunikasi, kesihatan, kecergasan dan penjagaan masa. Anda juga dapat memilih untuk memasang aplikasi pihak ketiga yang anda miliki pada iPhone anda dan mendapatkan app baharu daripada App Store sama ada pada Apple Watch atau iPhone anda. Semua app anda berada pada satu Skrin Utama.

Nota: Untuk memuat turun secara automatik app versi iPhone pengiring yang anda tambah ke Apple Watch anda, pergi ke app Seting pada Apple Watch, ketik App Store, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik. Untuk mendapatkan versi terkini app Apple Watch anda, pastikan Kemas Kini Automatik juga diaktifkan.

Dapatkan app daripada App Store pada Apple Watch

  1. Pergi ke app App Store pada Apple Watch anda.

  2. Putar Digital Crown untuk melayari app dan koleksi ditampilkan.

  3. Ketik koleksi untuk melihat lebih banyak app.

  4. Untuk mendapatkan app percuma, ketik Dapatkan. Untuk membeli app, ketik harga.

    Skrin App Store menunjukkan halaman produk app dengan perihalan pendek app, penilaiannya dan butang Dapatkan di sebelah kanan.

    Jika anda melihat butang Muat Turun berbanding harga, maknanya anda telah membeli app tersebut dan anda boleh memuat turunnya lagi secara tanpa caj. Sesetengah app memerlukan anda memiliki versi iOS app pada iPhone anda.

Untuk mencari app khusus, ketik butang Cari di bahagian kiri atas skrin, kemudian masukkan nama app. Anda juga boleh melayari kategori popular app dengan mengetik kategori.

Nota: Semasa menggunakan Apple Watch dengan perkhidmatan selular, caj data selular mungkin dikenakan. Coretan tidak tersedia dalam semua bahasa.

Pasang app yang anda telah miliki pada iPhone

Secara lalai, app pada iPhone anda yang mempunyai app watchOS tersedia dipasang secara automatik dan kelihatan pada Skrin Utama. Untuk memilih untuk memasang app tertentu, ikuti langkah ini:

  1. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda.

  2. Ketik Jam Saya, ketik Umum, kemudian nyahaktifkan Pemasangan App Auto.

  3. Ketik Jam Saya, kemudian skrol ke bawah ke App Tersedia.

  4. Ketik Pasang bersebelahan app yang anda mahu pasang.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.