Dengar lagu, lihat lirik dan tonton video muzik

Dalam app Shazam, anda boleh mendengar atau pradengar lagu anda yang dikenalpasti, melihat lirik diselaraskan masa dan menonton pratonton video muzik Apple Music dan YouTube.

Dengar lagu anda yang dikenal pasti pada iPhone atau iPad

Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh mendengar lagu penuh dalam app Shazam pada peranti Apple anda.

  1. Pergi ke app Shazam , kemudian ketik Pustaka di bahagian bawah skrin.

  2. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Ketik butang Main pada lagu.

    • Ketik seni kulit atau nama album, kemudian ketik butang Main dalam skrin trek.

  3. Ketik butang Paras Audio untuk menunjukkan skrin Kini Dimainkan.

  4. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Ketik butang Tunjukkan Seterusnya atau butang Sembunyikan Seterusnya untuk menunjukkan atau menyembunyikan lagu akan datang.

    • Ketik anak panah bawah untuk menyembunyikan Kini Dimainkan.

    Untuk memainkan lagu penuh dalam app Shazam, anda mesti melanggan Apple Music.

    Nota: Apabila app Shazam disambungkan ke Spotify, anda hanya boleh mendengar pradengar lagu. Jika app diputuskan sambungan daripada Spotify dan anda masih tidak boleh memainkan lagu penuh pada iPhone atau iPad, pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Media & Apple Music, kemudian aktifkan Shazam.

Dengar pradengar lagu anda yang dikenal pasti pada peranti Android

Anda boleh mendengar pradengar lagu dalam app Shazam pada peranti Android anda. Jika anda pelanggan Apple Music, anda boleh menyelaraskan lagu anda yang dikenal pasti ke senarai main “Trek Shazam Saya” secara automatik dan mendengar lagu penuh dalam Apple Music.

  1. Pergi ke app Shazam , ketik butang Pustaka (atau leret ke Pustaka), kemudian ketik Lagu.

  2. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Ketik butang Main pada lagu.

    • Ketik seni kulit atau nama album, kemudian ketik butang Main dalam skrin trek.

  3. Ketik butang Paras Audio untuk menunjukkan kawalan main balik dan pratonton lagu akan datang, atau ketik butang Tutup Pemain untuk menyembunyikan kawalan main balik dan pratonton akan datang.

Lihat lagu dan butiran anda yang dikenal pasti

  1. Pergi ke app Shazam , kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada iPhone atau iPad: Ketik Pustaka di bahagian bawah skrin.

    • Pada peranti Android: Ketik butang Pustaka (atau leret ke Pustaka).

  2. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada iPhone atau iPad: Ketik Pustaka di bahagian bawah skrin, kemudian skrol menerusi senarai lagu. Ketik butang Isih untuk mengisih lagu mengikut tarikh, tajuk lagu, atau nama artis.

    • Pada peranti Android: Ketik Lagu, kemudian skrol menerusi senarai lagu.

  3. Untuk melihat butiran lagu, ketik seni kulit lagu atau nama lagu, kemudian skrol untuk melihat tajuk album, label, tarikh keluaran dan banyak lagi.

Cari atau layari lagu dikenal pasti anda pada iPhone dan iPad

  1. Pergi ke app Shazam , kemudian ketik Pustaka di bahagian bawah skrin.

    Skrin utama app Shazam menunjukkan butang Pustaka
  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Ketik butang Isih, kemudian pilih pilihan isihan.

    • Ketik butang Lagi, ketik butang Cari Pustaka untuk memaparkan medan carian, kemudian masukkan lagu atau nama artis dalam medan.

    • Ketik butang Layari, kemudian ketik artis, genre, bandar, perasaan, dekad atau sumber. Secara alternatif, ketik kategori untuk meneroka lagu dikenal pasti anda (leret ke kiri untuk melihat lebih kategori).

      Nota: Kategori kelihatan setelah anda mengenal pasti 12 atau lebih lagu. Untuk melayari mengikut bandar, benarkan app Shazam menggunakan lokasi anda.

      Pustaka app Shazam menunjukkan pilihan cari dan isih

    Petua: Untuk mencari lagu dengan cepat daripada Skrin Utama iPhone dan iPad anda, sentuh dan tahan ikon app Shazam, kemudian ketik Cari Lagu.

Cari atau layari lagu dikenal pasti anda pada peranti Android

  1. Pergi ke app Shazam , ketik butang Pustaka (atau leret ke Pustaka), kemudian ketik Lagu.

  2. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Ketik butang Layari, kemudian ketik artis, genre, perasaan, dekad atau sumber. Secara alternatif, ketik kategori untuk meneroka lagu dikenal pasti anda (leret ke kiri untuk melihat lebih kategori).

      Nota: Kategori kelihatan selepas anda mengenal pasti 12 atau lebih lagu. Untuk melayari mengikut bandar, benarkan app Shazam menggunakan lokasi anda.

    • Ketik butang Cari Pustaka, kemudian masukkan lagu atau nama artis dalam medan carian.

Lihat lirik untuk lagu dikenal pasti anda

Anda boleh mengikut bersama dengan lirik diselaraskan masa pada lagu dikenal pasti baharu, atau melihat lirik untuk mana-mana lagu dikenal pasti sebelumnya.

Nota: Lirik tidak tersedia untuk semua lagu.

  1. Pergi ke app Shazam pada iPhone, iPad atau peranti Android.

  2. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Lihat lirik diselaraskan masa: Sejurus selepas anda mengenal pasti lagu, ketik butang Lirik pada iPhone atau iPad, atau ketik butang Lirik pada peranti Android.

      Nota: Lirik diselaraskan masa hanya tersedia dengan lagu dikenal pasti baharu. Lirik diselaraskan masa tidak tersedia untuk semua lagu.

    • Lihat lirik untuk lagu sebelumnya: Ketik lagu, kemudian ketik butang Lirik pada iPhone atau iPad, atau ketik butang Lirik pada peranti Android.

Petua: Suka menyanyi bersama dan mempunyai Apple TV 4K? Jadi penyanyi utama—atau nyanyi bersama-sama artis asal—dengan Apple Music Sing. Lihat Gunakan Apple Music Sing dalam Panduan Pengguna Apple TV 4K.

Tonton video muzik daripada Apple Music dan YouTube

  1. Pergi ke app Shazam , kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Pada iPhone atau iPad: Ketik Pustaka di bahagian bawah skrin.

    • Pada peranti Android: Ketik butang Pustaka (atau leret ke Pustaka), kemudian ketik Lagu.

  2. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Tonton video pada Apple Music: Ketik seni kulit atau nama lagu, ketik pratonton video (jika tersedia) dalam skrin trek, ketik Video Muzik (pada iPhone atau iPad), kemudian ketik Tonton dalam Apple Music.

      Skrin trek app Shazam menunjukkan pratonton video

      Nota: Video muzik tidak tersedia untuk semua lagu. Jika anda tidak melihat pratonton video, pastikan Auto Main Video diaktifkan dalam seting app Shazam .

    • Tonton video YouTube: Ketik seni kulit atau nama lagu dikenal pasti, skrol ke bawah dalam skrin trek ke kategori video, kemudian ketik butang main YouTube.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.