Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah dan keluarkan subtugas ke peringatan pada Mac

Tambah dan keluarkan subtugas ke peringatan untuk projek yang semakin rumit atau projek berbilang langkah. Anda boleh memilih untuk menunjukkan atau menyembunyikan subtugas.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia semasa anda menggunakan peringatan iCloud yang dikemas kini. Sesetengah ciri tidak tersedia jika anda menggunakan akaun daripada penyedia lain.

Senarai peringatan menunjukkan peringatan yang disusun dalam subtugas.

Buka Peringatan untuk saya

Tambah subtugas ke peringatan

Inden peringatan untuk menukarkannya menjadi subtugas peringatan di atasnya.

Nota: Anda tidak boleh mencipta subtugas dalam Senarai Pintar Hari Ini, Dijadualkan, atau Dibendera, atau dalam Senarai Pintar tersuai.

  1. Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.

  2. Pilih satu atau lebih peringatan.

  3. Lakukan satu daripada berikut:

    • Seret peringatan itu ke atas peringatan yang lain.

    • Tekan Command-].

    • Pilih Edit > Inden Peringatan.

Keluarkan subtugas

  1. Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.

  2. Pilih satu atau lebih peringatan.

  3. Lakukan satu daripada berikut:

    • Tekan Command-[.

    • Pilih Edit > Outden Peringatan.

Tunjukkan atau sembunyikan subtugas peringatan

Anda boleh menunjukkan atau menyembunyikan subtugas peringatan dalam senarai standard. Anda juga boleh melihat subtugas semasa dalam Senarai Hari Ini, Dijadualkan atau Senarai Pintar lain.

  1. Pergi ke app Peringatan pada Mac anda.

  2. Dalam senarai standard, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Tunjukkan subtugas peringatan: Klik anak panah kanan di sebelah kanan peringatan untuk memaparkan subtugasnya.

    • Sembunyikan subtugas peringatan: Klik anak panah bawah di sebelah kanan peringatan untuk menyembunyikan subtugasnya.

Dalam Hari Ini, Dijadualkan atau Senarai Pintar lain, bilangan subtugas kelihatan berwarna biru di bawah tugas induk. Untuk melihat subtugas untuk peringatan dalam Senarai Pintar, klik pautan biru di bawah tajuk peringatan.

Jika anda menyelesaikan, memadam, atau mengalihkan peringatan induk, subtugasnya juga selesai, dipadam, atau dialihkan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.