Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pintasan papan kekunci dalam Pratonton pada Mac

Dalam app Pratonton pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Pratonton di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.

Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.

Buka Pratonton untuk saya

Tindakan

Pintasan

Simpan fail

Command-S

Pergi ke tab seterusnya

Control-Tab

Pergi ke tab sebelumnya

Shift-Control-Tab

Masuk skrin penuh

Control-Command-F

Cetak PDF atau imej semasa

Command-P

Salin teks atau kawasan yang dipilih ke Papan Klip

Command-C

Potong item dipilih dan salinnya ke Papan Klip

Command-X

Tampal kandungan Papan Klip ke dalam imej

Command-V

Skrol ke bawah garisan dalam dokumen, ke item seterusnya dalam bar sisi, atau ke bawah menerusi serlahan dan nota

Anak Panah Bawah

Skrol ke atas garisan dalam dokumen, ke item sebelumnya dalam bar sisi, atau ke atas menerusi serlahan dan nota

Anak Panah Atas

Skrol ke bawah satu skrin pada satu masa atau lihat imej seterusnya dalam tetingkap

Turun Halaman

Skrol ke atas satu skrin pada satu masa atau lihat imej sebelumnya dalam tetingkap

Naik Halaman

Alih ke dokumen seterusnya dalam tetingkap

Option-Halaman Bawah

Alih ke dokumen sebelumnya dalam tetingkap

Option-Halaman Atas

Alih ke halaman seterusnya

Option-Anak Panah Bawah

Alih ke halaman sebelumnya

Option-Anak Panah Atas

Zum semua imej ke saiz sebenar

Option-Command-0

Zum semua imej untuk dimuatkan

Option-Command-9

Zum semua imej masuk

Option-Command-Tambah (+)

Zum semua imej keluar

Option-Command-Tolak (–)

Keluarkan latar belakang

Shift-Command-K

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.