Layari koleksi foto anda pada Mac

Foto dan video anda disusun ke dalam koleksi, termasuk Memori, Dipinkan, Album, Orang & Haiwan Peliharaan dan banyak lagi.

Buka Foto untuk saya

Lihat koleksi anda

  1. Pergi ke app Foto pada Mac anda.

  2. Dalam bar sisi, klik Koleksi.

  3. Klik nama koleksi untuk membukanya.

Tukar cara koleksi dipaparkan

Koleksi boleh dilihat dengan imej kecil yang lebih besar atau kecil, atau tanpa sebarang imej langsung. Anda juga boleh menukar tertib koleksi kelihatan.

  1. Pergi ke app Foto pada Mac anda.

  2. Dalam bar sisi, klik Koleksi.

  3. Lakukan mana-mana daripada yang berikut:

    • Tambah atau kurangkan saiz imej kecil koleksi: Klik butang Zum Masuk atau butang Zum Keluar dalam bar alat.

    • Sembunyikan imej kecil koleksi: Klik butang Lagi dalam bar alat, kemudian pilih Runtuhkan Semua. Untuk melihat imej kecil koleksi lagi, klik butang Lagi, kemudian pilih Tunjukkan Semua.

    • Tukar tertib koleksi: Klik butang Lagi dalam bar alat, kemudian pilih Susun Semula. Seret koleksi ke kedudukan baharu dalam senarai, kemudian klik Selesai dalam bar alat.

Susun semula koleksi dalam bar sisi

Anda boleh menukar tertib koleksi dalam bar sisi. Sebagai contoh, jika anda kerap melihat Import, anda boleh mengalihkannya di atas koleksi lain dalam Utiliti. Anda juga boleh menukar tertib Dipinkan, Album, Perkongsian, Jenis Media, Utiliti dan Projek.

  1. Pergi ke app Foto pada Mac anda.

  2. Dalam bar sisi, seret koleksi ke atas atau bawah dalam senarai.

Pin dan nyahpin koleksi dan album

Anda boleh memilih koleksi dan album yang kelihatan di bawah Dipinkan di bahagian atas bar sisi. Pinkan koleksi dan album yang anda paling kerap lihat supaya koleksi dan album mudah dicari.

  1. Pergi ke app Foto pada Mac anda.

  2. Dalam bar sisi, Control-klik koleksi, kemudian lakukan salah satu yang berikut:

    • Pinkan koleksi: Pilih Pin.

    • Nyahpinkan koleksi dipinkan: Pilih Nyahpin.

Kembangkan dan runtuhkan koleksi dalam bar sisi

Anda boleh mengembangkan dan meruntuhkan koleksi dalam bar sisi untuk berfokus pada koleksi yang anda mahu lihat. Sebagai contoh, jika anda tidak melihat senarai projek atau album anda dalam bar sisi, anda boleh meruntuhkan Projek atau Album.

  1. Pergi ke app Foto pada Mac anda.

  2. Dalam bar sisi, lakukan salah satu yang berikut:

    • Kembangkan koleksi: Tahan penuding di atas kategori koleksi, kemudian klik anak panah pendedahan apabila ia kelihatan.

    • Runtuhkan koleksi: Tahan penuding di atas kategori koleksi, kemudian klik anak panah pendedahan apabila ia kelihatan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.