Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lihat foto individu dalam Foto pada Mac

Anda boleh dwiklik imej kecil foto untuk melihat paparan yang lebih besar. Anda kemudian boleh zum masuk atau keluar, tandakan foto sebagai kegemaran, editnya dan banyak lagi.

Tetingkap Foto menunjukkan foto dibesarkan di sebelah kanan dengan baris imej kecil di bawah. Bar alat di bahagian atas termasuk gelangsar Zum, butang Kegemaran dan butang Edit.

Buka Foto untuk saya

Siri: Sebutkan sesuatu seperti “Buka Foto”. Ketahui cara menggunakan Siri.

Lihat foto

  1. Dalam app Foto pada Mac anda, dwiklik imej kecil dalam album, dalam paparan Hari atau dalam paparan Semua Foto untuk melihat paparannya yang dibesarkan.

    Lihat Layari foto anda mengikut hari, bulan, atau tahun.

  2. Untuk zum masuk atau zum keluar pada foto, seret gelangsar Zum, atau cubit buka atau tutup pada trackpad. Anda boleh seret imej dizum untuk tempatkannya semula.

    Bar alat menunjukkan kawalan zum.

    Petua: Untuk melihat foto dalam skrin penuh di depan latar belakang hitam, pilih Paparan > Masuk Skrin Penuh. Tekan kekunci anak panah untuk menskrol foto. Untuk meninggalkan paparan skrin penuh, gerakkan penuding ke bahagian atas skrin sehingga bar menu muncul, kemudian pilih Paparan > Keluar daripada Skrin Penuh.

Lihat butiran tentang foto

Semasa melihat foto dalam app Foto pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:

Alih antara foto

Anda boleh menavigasi antara foto dengan mudah. Dalam app Photo pada Mac anda, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Tekan kekunci anak panah atau leret ke kiri atau ke kanan dengan dua jari.

  • Klik dalam baris imej kecil di bawah foto semasa untuk pergi ke foto yang lain dengan cepat. Jika imej kecil tidak kelihatan, pilih Paparan > Tunjukkan Imej Kecil.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.