Lihat dan padamkan sejarah panggilan anda dalam app Telefon pada Mac

Anda boleh melihat sejarah panggilan anda pada Mac anda dan memadamkan panggilan terbaharu.

Nota: Pembawa anda mungkin mempunyai lebih banyak maklumat tentang panggilan yang dipadamkan atau sejarah panggilan terdahulu.

App Telefon dengan panggilan Terbaharu di sebelah kiri dan kenalan di sebelah kanan.
  1. Pergi ke app Telefon pada Mac anda.

  2. Klik butang Menu Penapis, kemudian klik Panggilan, Tidak Dijawab atau Pemanggil Tidak Dikenali.

  3. Lakukan mana-mana yang berikut:

    • Padamkan panggilan: Seret panggilan ke kiri, kemudian klik Padam.

    • Dapatkan butiran lanjut tentang sejarah panggilan anda: Pilih panggilan untuk melihat maklumat tentang pemanggil dan sejarah panggilan anda dengan pemanggil.

    • Sekat pemanggil: Seret panggilan ke kiri, kemudian klik Sekat dan Laporkan Spam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.