Gunakan mod pembentang dalam Pages pada iPhone

Dalam dokumen pemprosesan perkataan, anda boleh menggunakan mod pembentang supaya teks anda menskrol secara automatik seperti ia pada telepanduan. Teks kelihatan dalam fon besar terhadap latar belakang gelap—tanpa imej atau media lain— supaya ia lebih mudah dibaca.

Nota: Mod pembentang memaparkan isi teks sahaja. Anda tidak melihat teks dalam kotak teks, bentuk, kapsyen, jadual, pengepala, atau objek lain.

  1. Pergi ke app Pages pada iPhone anda.

  2. Buka dokumen, ketik butang Lagi di bahagian atas skrin, kemudian ketik Mod Pembentang.

  3. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Skrol secara manual: Leret ke atas.

    • Skrol secara automatik: Ketik butang Seting Penyampai, kemudian aktifkan Skrol Auto. Untuk melaraskan kelajuan menskrol, seret gelangsar. Ketik dokumen untuk mula menskrol dan ketik lagi untuk menjeda.

  4. Untuk menukar seting paparan lain seperti warna latar belakang, saiz fon dan jarak baris, ketik butang Seting Penyampai.

  5. Untuk kembali ke dokumen anda, ketik Selesai.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.