Serlahkan sel secara bersyarat dalam Pages pada iPhone

Anda boleh menetapkan Pages untuk menukar rupa sel jadual atau teksnya apabila nilai dalam sel memenuhi kriteria tertentu. Contohnya, anda boleh membuatkan sel bertukar menjadi merah jika ia mengandungi nombor negatif. Untuk menukar penampilan sel berdasarkan nilai selnya, cipta peraturan penyerlahan bersyarat.

Tambah peraturan penyerlahan

  1. Pergi ke app Pages pada iPhone anda.

  2. Buka dokumen dengan jadual, kemudian pilih satu atau lebih sel.

  3. Ketik  butang Format, ketik Sel, kemudian ketik Tambah Penyerlahan Bersyarat.

  4. Ketik jenis peraturan (contohnya, jika nilai sel anda ialah nombor, ketik Nombor), kemudian ketik peraturan.

  5. Masukkan nilai untuk peraturan.

    Sebagai contoh, jika anda memilih peraturan “Tarikh ialah selepas”, masukkan tarikh selepas tarikh dalam sel.

  6. Ketik gaya teks, seperti tebal atau italik, atau isian sel, seperti merah atau hijau.

    Anda boleh memilih Gaya Tersuai untuk memilih warna fon, gaya fon dan isian sel anda sendiri.

  7. Ketik butang Selesai.

Nota: Jika sel sepadan dengan berbilang peraturan, penampilannya berubah menurut peraturan pertama dalam senarai. Untuk menyusun semula peraturan, ketik Edit, kemudian seret butang Susun Semula Peraturan bersebelahan nama peraturan. Ketik Selesai.

Ulang peraturan penyerlahan

Selepas anda menambah peraturan penyerlahan bersyarat pada sel, anda boleh menggunakan peraturan tersebut pada sel lain.

  1. Pergi ke app Pages pada iPhone anda.

  2. Buka dokumen dengan jadual, kemudian pilih sel dengan peraturan yang anda mahu ulang dan sel yang anda mahu tambahkan peraturan tersebut.

  3. Ketik butang Format, kemudian ketik Sel.

  4. Di bawah Penyerlahan Bersyarat, ketik Gabungkan Peraturan.

Padamkan peraturan penyerlahan

  1. Pergi ke app Pages pada iPhone anda.

  2. Buka dokumen dengan jadual, kemudian pilih sel dengan peraturan yang anda mahu padam.

  3. Ketik butang Format, kemudian ketik Sel.

  4. Di bawah Penyerlahan Bersyarat, leret ke kiri pada peraturan yang anda mahu padam, kemudian ketik Padam.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.