Tambah tarikh, masa atau tempoh dalam Numbers pada iPad

Numbers mempunyai papan kekunci istimewa untuk meringkaskan pertambahan dan pengeditan maklumat tarikh dan masa dan unit masa (tempoh) dalam jadual. Anda juga boleh gunakan papan kekunci standard untuk menaip sebarang format tarikh dan masa dikenalpasti untuk rantau anda.

Nota: Jika anda mahu memaparkan tarikh, masa atau tempoh dalam format tertentu, anda boleh sesuaikan format untuk sel khusus. Contohnya, anda mungkin mahu memaparkan tarikh sebagai 2017-01-06 berbanding 01/06/2017.

Masukkan sebarang tarikh atau masa ke dalam sel

Papan kekunci tarikh dan masa mempunyai butang pintasan yang membolehkan anda mengedit tarikh dan masa dalam sel dengan cepat.

Papan kekunci tarikh dan masa. Butang di atas menunjukkan unit masa (bulan, hari, tahun dan jam) yang anda boleh tokokan untuk mengubah nilai ditunjukkan dalam sel. Terdapat kekunci di bahagian kiri untuk menukar antara papan kekunci tarikh dan masa serta tempoh dan kekunci nombor di tengah papan kekunci.
  1. Pergi ke app Numbers pada iPad anda.

  2. Buka hamparan, ketik sel, kemudian jika papan kekunci tidak dibuka, ketik butang Tunjukkan Papan Kekunci di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik butang Papan Kekunci Tarikh dan Masa di bahagian atas papan kekunci, kemudian ketik butang “tarikh & masa” di sebelah kiri papan kekunci.

  4. Untuk memasukkan nilai, lakukan salah satu daripada yang berikut:

    • Tambah tarikh dan masa semasa: Ketik “kini”.

    • Tambah tarikh hari ini: Ketik “hari ini”.

    • Taip tarikh atau masa: Ketik kekunci papan kekunci untuk memasukkan tarikh dan waktu secara manual—sebagai contoh, 31/12 atau 2:15 PTG.

  5. Untuk mengedit nilai, lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tambahkan nilai: Ketik - atau + pada butang di atas papan kekunci untuk unit (bulan, hari, jam dan seterusnya) yang anda mahu tukar. Setiap ketik menolak atau menambah unit sebanyak 1.

    • Masukkan perubahan secara manual: Pilih nilai anda mahu tukar, kemudian taip nilai baharu.

Petua: Anda boleh memilih sel kosong kemudian ketik butang untuk memasukkan tarikh dan masa relatif kepada tarikh dan masa semasa. Contohnya, jika anda mahu memasukkan tarikh hari ini tetapi setahun daripada sekarang, ketik + pada butang tahun.

Tambah tarikh atau masa semasa dengan cepat pada sel

Gunakan menu tindakan sel untuk menambah tambah tarikh atau masa semasa dengan cepat pada sel.

  1. Pergi ke app Numbers pada iPad anda.

  2. Buka hamparan, ketik sel, kemudian ketik butang menu Tindakan Sel di bawah skrin, (atau ketik butang menu Tindakan di penjuru kanan atas papan kekunci).

  3. Ketik Tarikh Semasa atau ketik Masa Semasa.

Masuk dan edit tempoh (unit masa).

Anda boleh gunakan papan kekunci tempoh untuk memasukkan dan mengedit unit dengan cepat dalam sel. Contohnya, 3j 40m 15s (atau 3 jam 40 minit 15 saat).

Papan kekunci tempoh dengan butang di tengah atas yang menunjukkan unit masa (minggu, hari dan jam) yang anda boleh tambahkan untuk mengubah nilai ditunjukkan dalam sel. Terdapat kekunci di bahagian kiri untuk minggu, hari, jam, minit, saat dan milisaat. Kekunci nombor adalah di tengah papan kekunci.
  1. Pergi ke app Numbers pada iPad anda.

  2. Buka hamparan, ketik sel, kemudian jika papan kekunci tidak dibuka, ketik butang Tunjukkan Papan Kekunci di bahagian bawah skrin.

  3. Ketik butang Papan Kekunci Tarikh dan Masa di bahagian atas papan kekunci, kemudian ketik “tempoh” di sebelah kiri papan kekunci.

  4. Ketik kekunci nombor untuk nilai pertama yang anda mahu masukkan, kemudian ketik unit kekunci sepadan pada sebelah kiri papan kekunci.

    Contohnya, untuk masukkan 2 minggu, ketik 2 kemudian ketik “m”.

  5. Untuk mengedit ketik - atau + pada butang di atas papan kekunci untuk unit (minggu, hari, jam dan seterusnya) yang anda mahu tukar.

    Setiap ketik menolak atau menambah unit sebanyak 1.

  6. Ulangi langkah ini untuk setiap nilai yang anda mahu masukkan.

  7. Untuk beralih ke sel lain, ketik kekunci Baris Seterusnya atau kekunci Lajur Seterusnya.

Secara lalai, sel yang mengandungi data tempoh diformatkan secara automatik untuk memaparkan semua unit masa yang anda masukkan. Anda boleh ubah seting ini supaya sel tempoh memaparkan hanya unit masa yang tertentu (contohnya, hanya jam, bukan minit), walaupun nilai tempoh yang lebih tepat telah dimasukkan ke dalam sel.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.