Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Aktifkan atau nyahaktifkan resit dibaca dalam Mesej pada Mac

Dalam app Mesej, anda boleh menggunakan resit dibaca untuk membolehkan seseorang tahu apabila anda telah melihat mesej mereka.

Apabila resit dibaca diaktifkan, pengirim melihat perkataan “Dibaca” di bawah mesej yang mereka hantar kepada anda, menunjukkan yang anda telah membaca mesej mereka. Jika anda belum membaca mesej mereka, pengirim melihat “Dihantar”.

Anda boleh mengaktifkan resit dibaca untuk semua orang atau kenalan individu.

Nota: Untuk menggunakan resit dibaca, anda dan penerima anda mestilah menggunakan iMessage.

Buka Mesej untuk saya

Aktifkan resit dibaca

Anda boleh mengaktifkan resit dibaca untuk memberitahu semua orang apabila anda telah melihat mesej mereka.

  1. Pergi ke app Mesej pada Mac anda.

  2. Pilih Mesej > Seting, kemudian klik iMessage.

  3. Klik Seting, kemudian pilih “Hantar resit dibaca”.

Nota: Jika anda menyahaktifkan resit dibaca untuk kenalan tertentu, anda perlu mengaktifkan seting untuk seorang kenalan tersebut secara individu. (Lihat Aktifkan resit dibaca untuk seorang, di bawah.)

Nyahaktifkan resit dibaca

Jika anda tidak mahu orang lain tahu yang anda telah melihat mesej mereka, anda boleh menyahaktifkan resit dibaca.

  1. Pergi ke app Mesej pada Mac anda.

  2. Pilih Mesej > Seting, kemudian klik iMessage.

  3. Klik Seting, kemudian nyahpilih “Hantar resit dibaca”.

Nota: Tindakan ini menjejaskan hanya perbualan dengan kenalan yang resit dibacanya anda tidak pernah aktifkan secara individu. (Lihat Nyahaktifkan resit dibaca untuk seorang, di bawah.)

Aktifkan resit dibaca untuk seorang

Anda boleh mengaktifkan resit dibaca dalam perbualan untuk memberitahu seorang penerima apabila anda telah melihat mesej masuk mereka, walaupun jika anda menyahaktifkan resit dibaca secara umumnya.

  1. Pergi ke app Mesej pada Mac anda.

  2. Pilih perbualan.

  3. Klik kenalan atau ikon di bahagian atas, kemudian pilih Hantar Resit Dibaca.

Nyahaktifkan resit dibaca untuk seorang

Jika anda mengaktifkan resit dibaca untuk individu, tetapi anda mahu mereka berhenti mendapatkan resit dibaca, anda boleh menyahaktifkan seting untuk seorang kenalan tersebut.

  1. Pergi ke app Mesej pada Mac anda.

  2. Pilih perbualan.

  3. Klik kenalan atau ikon di bahagian atas, kemudian nyahpilih Hantar Resit Dibaca.

Dapatkan resit dibaca apabila seseorang yang lain melihat mesej anda

Anda tidak boleh mengaktifkan resit dibaca untuk sesiapa melainkan diri anda sendiri. Untuk menerima resit dibaca apabila mesej anda dilihat, minta penerima untuk mengaktifkannya. Lihat Aktifkan resit dibaca untuk seorang, di atas.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.