Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pintasan papan kekunci dalam Mail pada Mac

Dalam app Mail pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Mail di bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.

Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.

Buka Mail untuk saya

Tindakan

Pintasan

Mulakan e-mel baharu

Command-N

Buka tetingkap pemapar Mail baharu

Option-Command-N

Buka tab baharu dalam tetingkap pemapar Mail

Option-Shift-Command-N

Anda juga boleh menekan dan menahan kekunci Shift sambil memilih Fail > Tab Pemapar Baharu.

Lampirkan fail ke e-mel anda

Shift-Command-A

Tampal teks ke dalam e-mel anda sebagai petikan

Shift-Command-V

Tambah e-mel dipilih ke e-mel anda

Option-Command-I

Tunjukkan medan alamat Skt dalam e-mel anda

Option-Command-B

Tunjukkan medan alamat Balas-Kepada dalam e-mel anda

Option-Command-R

Dapatkan e-mel baharu

Shift-Command-N

Padamkan mel sarap

Option-Command-J

Hantar e-mel

Shift-Command-D

Nyahhantar e-mel

Command-Z

Balas kepada e-mel yang dipilih

Command-R

Balas Semua kepada e-mel yang dipilih

Shift-Command-R

Majukan e-mel yang dipilih

Shift-Command-F

Hala semula kepada e-mel yang dipilih

Shift-Command-E

Sembunyikan atau tunjukkan bar sisi Mail

Control-Command-S

Dayakan atau nyahdayakan penapis mesej untuk peti mel semasa

Command-L

Tandakan e-mel sebagai dibaca atau belum dibaca

Shift-Command-U

Alihkan e-mel dipilih ke peti mel diramalkan

Control-Command-M

Alihkan e-mel dipilih ke peti mel Sampah

Shift-Command-J

Arkibkan e-mel

Control-Command-A

Gunakan peraturan Mail aktif

Control-Command-L

Formatkan semua e-mel semasa sebagai Teks Biasa atau Format Teks Beraneka

Shift-Command-T

Tunjukkan tetingkap pemapar Mail

Command-0

Tunjukkan tetingkap Aktiviti Mail

Control-Command-0

Tutup semua tetingkap Mail

Option-Command-W

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.