Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar seting Siri untuk kebolehcapaian pada Mac

Pada Mac anda, gunakan seting Siri untuk kebolehcapaian bagi menaip permintaan anda kepada Siri berbanding menuturkannya, atau biarkan Siri mendengar corak pertuturan atipikal.

Untuk menukar seting ini, pilih menu Apple > Seting Sistem, klik Kebolehcapaian dalam bar sisi, kemudian klik Siri di sebelah kanan. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

Buka seting Siri untuk kebolehcapaian untuk saya

Nota: “Dengar pertuturan atipikal” hanya tersedia dalam bahasa Inggeris A.S.

Pilihan

Perihalan

Taip ke Siri

Taip permintaan anda pada Siri berbanding menyebutnya.

Jika Apple Intelligence* diaktifkan, anda boleh menaip ke Siri secara automatik. Lihat Lakukan lebih banyak lagi dengan Siri dan Apple Intelligence.

Dengari pertuturan atipikal

Buatkan Siri mengenali corak pertuturan yang lebih banyak. Ini mungkin membantu jika anda mempunyai penyakit perolehan atau progresif yang menjejaskan pertuturan, seperti palsi serebrum, sklerosis lateral amiotrofik (ALS) atau strok.

Seting Siri

Pilihan tambahan, seperti mengesetkan pintasan papan kekunci untuk mengaktifkan Siri dan menunjukkan perkara yang Siri katakan pada skrin, tersedia dalam seting Siri.

Petua: Jika anda mempunyai pertuturan atipikal yang sederhana hingga teruk, anda juga boleh mengajar Mac anda untuk melaksanakan tindakan apabila anda menyebut perkataan atau bunyi lain pilihan anda. Lihat Gunakan Pintasan Suara.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.