Bersihkan slaid pada Mac

Jika anda melanggan Apple Creator Studio, anda boleh menggunakan Pembersihan Slaid untuk membetulkan penjajaran objek dan ketidakkonsistenan lain pada slaid secara automatik.

Tersedia dengan langganan: Ciri ini memerlukan langganan Apple Creator Studio. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat halaman web Apple Creator Studio dan artikel Sokongan Apple Perihal Apple Creator Studio.

  1. Pergi ke app Keynote pada Mac anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Control-klik ruang kosong pada slaid, kemudian klik Bersihkan Slaid.

    • Navigasi ke slaid yang anda mahu edit, kemudian klik butang Bersihkan dalam bar alat.

    • Control-klik slaid yang anda mahu edit dalam penavigasi slaid, kemudian klik Bersihkan Slaid.

    • Navigasi ke slaid yang anda mahu edit, kemudian klik Slaid > Bersihkan Slaid (daripada menu Slaid di bahagian atas skrin anda).

Nota: Slaid dengan banyak objek tidak tersedia untuk pembetulan pada masa ini, kerana ciri ini masih dalam beta.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.