Daftar keluar atau nyahpasang iCloud untuk Windows

Jika anda tidak lagi ingin menggunakan iCloud untuk Windows pada PC anda, anda boleh mendaftar keluar atau menyahpasang app.

Anda juga boleh menyahaktifkan mana‑mana ciri. Lihat Sediakan iCloud untuk Windows pada PC anda.

Nota: Sebelum mendaftar keluar atau menyahpasang iCloud untuk Windows, anda mungkin perlu membuat salinan data iCloud anda dan menyimpan data itu pada PC anda. Maklumat pada PC anda tidak akan dikemas kini secara automatik dalam iCloud dan anda tidak akan melihat kemas kini yang dibuat pada peranti anda yang lain.

Daftar keluar daripada iCloud untuk Windows

Apabila anda mendaftar keluar dari iCloud untuk Windows, maklumat yang anda simpan dalam iCloud dikeluarkan daripada PC anda. Anda masih boleh mengakses maklumat itu pada peranti anda yang lain dan di iCloud.com. Lihat Di manakah lagi anda boleh mengakses data yang anda simpan dalam iCloud?

  1. Pada komputer Windows, buka iCloud untuk Windows.

  2. Klik Butiran Akaun, klik Daftar Keluar, kemudian ikuti arahan pada skrin.

    Jika anda memutuskan bahawa anda ingin mengakses maklumat yang disimpan dalam iCloud pada PC anda, anda boleh mendaftar masuk semula.

Nyahpasang iCloud untuk Windows jika anda mempunyai Windows 11

  1. Pada komputer Windows anda, daftar keluar daripada iCloud untuk Windows.

  2. Pilih menu Mula > Seting > App > App dipasang.

  3. Cari iCloud, klik butang Lagi, pilih Nyahpasang, kemudian ikuti arahan pada skrin.

Nyahpasang iCloud untuk Windows jika anda mempunyai Windows 10

  1. Pada komputer Windows anda, daftar keluar daripada iCloud untuk Windows.

  2. Pilih menu Mula > Seting > App> App & ciri.

  3. Cari iCloud, klik Nyahpasang, kemudian ikut arahan pada skrin.

  4. Jika anda juga menyediakan Mail iCloud dalam Outlook, cari Outlook iCloud, klik Ubah Suai, pilih Keluarkan, kemudian ikut arahan pada skrin.

Jika anda tidak pasti versi Windows yang anda miliki, lihat artikel Sokongan Microsoft Cari maklumat tentang peranti Windows anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.