Gunakan penggera, jam dan pemasa

HomePod boleh membangunkan anda dengan lagu kegemaran anda, menjejak berbilang pemasa dan banyak lagi.

Setkan penggera

Siri: Minta Siri sesuatu seperti:

  • “Kejutkan saya pada 5 pg”.

  • “Tidur”.

Tukar bunyi penggera anda

Anda boleh memilih bunyi untuk mengejutkan anda. Pilih bunyi ambien, atau jika anda mempunyai Apple Music, pilih lagu, senarai main atau stesen radio.

Nota: Aksesori yang didayakan Siri tidak boleh memainkan media untuk penggera dan sebaliknya akan memainkan nada.

  1. Pergi ke app Rumah pada iPhone atau iPad anda.

  2. Sentuh dan tahan HomePod.

  3. Ketik penggera, atau ketik Baharu untuk mencipta penggera.

  4. Ketik Main Media, kemudian ketik Pilih Media.

  5. Navigasi ke lagu, senarai main atau stesen radio, kemudian ketiknya.

  6. Untuk mengulang lagu atau senarai main setelah tamat, aktifkan Ulang.

  7. Untuk memainkan senarai main dalam susunan rawak, aktifkan Rombak.

  8. Untuk mengesetkan kelantangan tersuai untuk penggera, ketik Guna Kelantangan Tersuai, kemudian seret gelangsar.

  9. Ketik Selesai.

Untuk mengetahui cara melanggan, lihat Langgan Apple Music dalam Panduan Pengguna iPhone atau iPad.

Tanya tentang masa

Ketahui masa semasa di lokasi anda atau di zon yang berbeza.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Pukul berapa sekarang di Stockholm?”

Setkan pemasa

Siri: Minta Siri sesuatu seperti:

  • “Setkan pemasa 3 minit”.

  • “Setkan pemasa pasta untuk 8 minit”.

  • “Berapakah masa yang tinggal untuk pemasa pasta?”

  • “Jedakan pemasa senaman saya”. (Pemasa dipadam selepas 48 jam.)

  • “Apakah pemasa saya yang sedang berjalan?”

  • “Teruskan pemasa senaman saya”.

  • “Berhenti”.

Anda boleh berhenti membunyikan penggera dan pemasa menggunakan Siri pada mana-mana HomePod, iPhone atau iPad anda, atau iPhone atau iPad ahli rumah anda. (Peranti perlu berada pada rangkaian Wi-Fi yang sama untuk pengurusan Pemasa.)

Untuk mengetahui cara mengesetkan pemasa tidur untuk muzik dan podcast, lihat Main audio.

Panduan ini adalah untuk perisian HomePod versi 26 atau lebih baharu.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.